HEADLINES

Masyarakat dunia digesa halang Israel luas penempatan haram, kembalikan hak rakyat Palestin

Dunia tidak boleh beralih fokus kepada isu lain, termasuk dakwaan tindakan ganas pejuang Palestin, tanpa melihat kepada faktor utama kekacauan yang tidak pernah diselesaikan

5:07 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seluruh masyarakat dunia perlu lebih tegas mendesak dan menghalang Israel daripada meluaskan petempatan haram di Palestin serta mengembalikan hak rakyatnya untuk pulang ke tanah air mereka.

Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, justeru masyarakat dunia diseru memberikan sokongan dan pertolongan kepada rakyat Palestin.

“Apa sahaja jalan dipilih rakyat Palestin yang teraniaya ini, berpunca daripada tanah air dan harta benda mereka dirampas secara haram rejim Israel.

“Dunia tidak boleh beralih fokus kepada isu lain, termasuk dakwaan tindakan ganas pejuang Palestin, tanpa melihat kepada faktor utama kekacauan yang tidak pernah diselesaikan,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata, usaha menyokong Palestin itu penting kerana semenjak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan Resolusi 2334 pada tahun 2016 yang mendakwa, Israel melanggar undang-undang antarabangsa apabila membuka 293 petempatan haram dengan merampas tanah milik rakyat Palestin, masih tidak ada sebarang tindakan dikenakan terhadap negara berkenaan.

Israel, katanya, turut meneruskan tindakan ganas dengan merampas tanah rakyat Palestin dengan meroboh rumah mereka, selain mengenakan tindakan ganas membunuh dan mencederakan penduduk yang cuba mempertahankan harta benda.

Mohamad berkata, tindakan itu diakui Majlis Hak Asasi Manusia PBB (UNHRC) yang mendakwa sekurang-kurangnya 700 ribu petempatan haram dibina Israel di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.

Pada masa sama, beliau menegaskan, kerajaan Israel bukan sekadar tidak mematuhi undang-undang antarabangsa, malah mengumumkan langkah untuk membina sekali ganda petempatan haram di wilayah dijajahnya di Bukit Golan menjelang 2027.

Bagaimanapun, katanya, jumlah rampasan tanah rakyat Palestin itu hakikatnya jauh lebih besar daripada angka tersebut.

“Hal ini kerana semenjak penubuhan Israel yang dilakukan secara haram dan ganas dengan merampas tanah air rakyat Palestin pada tahun 1948, jutaan rakyat Palestin terpaksa melarikan diri ke negara jiran, seperti Jordan, Syria, Lubnan serta Mesir selepas rumah dan tanah mereka dirampas.

“Malah, ratusan ribu pelarian ini juga mendiami negara Eropah selepas tidak mempunyai tempat di negara sendiri. Justeru, Parti Amanah Negara menyeru kepada seluruh masyarakat dunia, memberikan sokongan dan pertolongan kepada rakyat Palestin mendapatkan hak untuk kembali ke tanah air mereka,” katanya. – 8 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

It’s not Big Tobacco, but Big Pharma that’s behind vape ban push: industry leader

Move president warns of harm to public health and legal vape industry if proposed nationwide ban goes ahead

Related