HEADLINES

Isham sahut cabaran debat Zahid, ajak adakan depan akar umbi

'Jika Datuk Seri menang saya akan letak jawatan. Jika saya menang, Datuk Seri boleh buat referendum parti, atau buat pemilihan presiden' : Isham

11:39 AM MYT

 

KUALA LUMPUR ­— Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Isham Jalil sedia menyahut cabaran debat dari presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi namun dengan syarat ia perlu dilakukan di gelanggang yang neutral.

Menurut Isham, beliau tidak mahu debat dengan presiden Umno itu diadakan di dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) di mana majoriti di dalamnya didakwa sebagai ‘orang’ Zahid iaitu mereka yang dipilih atau dilantik oleh presiden.

“Jika saya berdebat di gelanggangnya dan ‘salurannya’, itu berat sebelah dan tidaklah bijak. Saya bukanlah sebodoh yang dia sangka. Saya cadang kita berdebat di gelanggang terbuka secara live di hadapan akar umbi.

“Jika Datuk Seri menang saya akan letak jawatan. Jika saya menang, Datuk Seri boleh buat referendum parti, atau buat pemilihan presiden, atau fikirkan apa yang patut dibuat oleh Datuk Seri. Itu jika Datuk Seri berani dan anak jantan,’’ katanya dalam hantaran di Facebook.

Isham turut memberitahu, beliau sebenarnya tidak lagi mahu memfokus kepada pertelingkahannya dengan Zahid sebaliknya mahu menumpukan kepada perkara lain kerana rakyat sudah muak dengan isu politik.

Namun katanya, disebabkan presiden masih menyerang beliau secara terbuka maka Isham terpaksa menjawab ‘pandangan’ dan ‘serangan terbuka’ tersebut walaupun tidak pernah mengecam dan mengutuk ahli Umno secara terbuka di media sosial.

“Islam tidak suruh begini. Islam menyuruh kita mempertahankan diri apabila difitnah dan dikecam dengan pembohongan. Orang-orang presiden banyak berbohong untuk memburuk-burukkan saya.

“Sekejap lagi saya pasti mereka akan diarah atau pembodek presiden secara sukarela akan mengecam saya lagi. Tidak mengapa, teruskan tugas anda, sekali sekala saya akan jawab jika ada masa,’’ katanya.

Mengenai kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Pelangai, Isham berkata beliau telah dijemput untuk berkempen di situ namun tidak berbuat demikian kerana ingin memberi peluang kepada pemimpin lain berkempen di situ.

Jelasnya, beliau enggan mengambil kredit atas kemenangan terbabit dan jika hadir di situ, mungkin beliau akan dianggap sebagai menggangggu kempen tersebut.

“Namun walaupun kita menang dan jumlah keluar mengundi adalah lebih kurang sama berbanding pada PRU-15 yang lepas, majoriti kita telah berkurang dan saya anggar dua ribu (atau 20 peratus pengundi Melayu) telah beralih sokongan daripada kita di kawasan kubu kuat kita ini daripada 70 peratus pada PRU lepas kepada hanya 50 peratus kini.

“Ini adalah satu angka yang signifikan. Sebab itu undi kita jika dicampur undi Pakatan Harapan (PH) telah berkurang dua ribu berbanding PRU lepas.

“Kita perlu ambil perhatian perkara ini walaupun kita menang, sebab jika trend ini berterusan kita akan menghadapi risiko besar di kawasan-kawasan lain dan kita akan bergantung kepada undi DAP untuk menang. Ini bukanlah baik untuk masa depan Umno dan perjuangan orang-orang Melayu,” katanya. – 9 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Govt has settled RM42bil of 1MDB debt, total obligations exceed RM50bil: Anwar

Anwar reveals over RM9 billion in remaining debt, with government funds covering the shortfall

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

Related