HEADLINES

2 siswazah USIM warga Palestin maut serangan rejim Zionis

Mohammed J. H. Alzaanin baharu selesai menjalani sesi viva-voce di USIM pada 5 Julai lepas manakala isterinya dijadualkan menduduki ujian viva-voce pada 23 Oktober ini

6:11 AM MYT

 

NILAI  – Dua siswazah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) warga Palestin dan 20 sanak saudara mereka adalah antara yang terkorban dalam serangan bom rejim zionis di Gaza, Palestin pada pagi Ahad.

Mohammed J. H. Alzaanin baharu selesai menjalani sesi viva-voce di USIM pada 5 Julai lepas manakala isterinya dijadualkan menduduki ujian viva-voce pada 23 Oktober ini. – Gambar ihsan Facebook, 10 Oktober, 2023

USIM dalam kenyataannya berkata Mohammed J. H. Alzaanin yang merupakan calon Doktor Falsafah Pengurusan Sumber Manusia dan isterinya, Kholoud M. H. Elzaneen pelajar Program Sarjana Sains (Mod Penyelidikan), Fakulti Sains dan Teknologi USIM, terkorban dalam serangan bom di perkampungan mereka di Bait Hanon kira-kira pukul 8 pagi.

“Perkara ini disahkan oleh Presiden Kesatuan Umum Pelajar Palestin di Malaysia, Ammar H. M. Mahariq. Turut terkorban adalah empat anak pasangan itu, dan hanya seorang anak mereka dilaporkan terselamat,” menurut kenyataan itu.

Pengerusi Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia, Badereddin Seyam dalam kenyataan sama berkata turut terkorban dalam serangan itu adalah 20 sanak saudara pasangan berkenaan.

Mohammed J. H. Alzaanin baharu selesai menjalani sesi viva-voce di USIM pada 5 Julai lepas manakala isterinya dijadualkan menduduki ujian viva-voce pada 23 Oktober ini. – 10 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related