HEADLINES

Isu Palestin: JAIS seru masjid, surau anjur solat hajat, Qunut Nazilah

Seruan itu dibuat bagi mengharapkan bantuan daripada Allah agar rakyat Palestin diberikan kekuatan dan keyakinan untuk terus mempertahankan kedaulatan tanah suci Baitulmuqaddis daripada cengkaman imperialisme

12:26 PM MYT

 

SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyeru semua masjid dan surau di Selangor bersolidariti dengan melaksanakan solat hajat selepas solat fardu maghrib atau isyak serta bacaan Qunut Nazilah serta-merta, selama tujuh hari berturut-turut bagi mendoakan kesejahteraan rakyat Palestin.

Pengarahnya Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata seruan itu dibuat bagi mengharapkan bantuan daripada Allah agar rakyat Palestin diberikan kekuatan dan keyakinan untuk terus mempertahankan kedaulatan tanah suci Baitulmuqaddis daripada cengkaman imperialisme.

“JAIS mengutuk sekeras-kerasnya tindakan serangan terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza. JAIS menyokong penuh apa juga tindakan rakyat Palestin dalam mempertahankan maruah dan tanah air Baitul Aqsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

“Semoga  kemenangan dan keamanan buat rakyat Palestin akan tercapai dengan doa seluruh umat Islam lalu memperoleh bantuan daripada Allah,” katanya.

Pertempuran terkini di Palestin yang melibatkan Hamas, pihak berkuasa di Gaza, dan rejim Israel sejak 7 Okt telah mengakibatkan kehilangan ratusan nyawa kedua-dua belah pihak. – 10 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Online scams in Malaysia cost victims over RM3.18bil in less than three years

Rising threat of online scams in Malaysia: understanding, prevention and legal responses

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

Related