◉ HEADLINES

Aktres Korea Selatan, Cha Chung Hwa bakal kahwini ahli perniagaan lebih muda darinya pada 27 Oktober

Agensi yang dinaungi Cha Chung Hwa iaitu, IOK Company dalam satu kenyataan memaklumkan aktres itu akan mengahwini ahli perniagaan yang lebih muda darinya pada 27 Oktober ini

3:02 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Bintang Hometown Cha Cha Cha, Cha Chung Hwa bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi apabila memilih ahli perniagaan sebagai calon suaminya.

Agensi yang dinaungi Cha Chung Hwa iaitu, IOK Company dalam satu kenyataan memaklumkan aktres itu akan mengahwini ahli perniagaan yang lebih muda darinya pada 27 Oktober ini.

“Memandangkan bakal pengantin lelaki bukan selebriti, kami berharap anda semua dapat memahami bahawa kami tidak boleh menerangkan maklumat peribadinya.,” kata mereka.

Ca Chung Hwa dan pasangannya memutuskan untuk mengadakan majlis perkahwinan secara tetutup. – Gambar Ca Chung Hwa, 11 Oktober, 2023

Difahamkan, Ca Chung Hwa dan bakal suaminya sudah lama berkenalan dan hubungan cinta mereka terjalin selepas beberapa waktu.

Oleh kerana, bakal suaminya itu bukan dalam kalangan penggiat industri hiburan, pasangan itu memutuskan untuk mengadakan majlis perkahwinan secara tetutup bagi menjadikan ia lebih peribadi dan intim.

Selain Hometown Cha Cha Cha, Cha Chung Hwa yang mula mencipta nama menerusi siri Crash Landing on You pada 2005 ini turut membintangi siri seperti Mr King dan See You in My19th Life. Tahniah kepada pasangan ini. – 11 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

OCM in the spotlight again: Skechers collab draws flak after brand linked to Israel

With shoe sponsorship amounting to almost RM200,000, Datuk Nazifuddin Najib says sports should be free from any agenda as the aim is to provide comfort to athletes

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

◉ Related