HEADLINES

Peminat terlalu kecewa The Rock sokong Israel, ‘boleh tak aku nak duku kepala hang sekali’

The Rock menyatakan sokongan secara terbuka itu ketika meluahkan perasaannya di Instagram mengenai peperangan antara Israel dan Palestin

5:55 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Susulan peperangan antara Israel dan Palestin yang meragut nyawa ribuan rakyat di kedua-dua negara berkenaan, pelbagai pihak memberi respon serta pandangan mereka.

Ia termasuk sokongan saban hari yang diberikan ramai selebriti kepada Israel.

Terbaru, pelakon terkenal, Dwayne Johnson atau lebih dikenali The Rock membuat kenyataan sama mengenai konflik sedang berlaku di tebing barat itu.

Menurutnya, dia berdukacita berhubung situasi terbabit yang menyaksikan masyarakat Yahudi dibunuh dan diculik Hamas yang digelarnya sebagai pengganas.

“Saya sedih, kecewa dan marah dengan pembunuhan kejam serta penculikan terhadap orang Yahudi oleh kumpulan pengganas Hamas.

“Peningkatan jumlah kematian penduduk Israel dan Palestin sangat meruntun jiwa.

“Saya mengutuk dan mengecam keganasan yang sedang berlaku. Hati saya bersama-sama dengan mangsa yang tidak berdosa dan ahli keluarga yang meratapi kehilangan insan tersayang,” tulisnya.

Dwayne menutup ruangan komen untuk hantaran berkenaan, tetapi netizen dilihat meninggalkan ribuan komen kecaman di hantarannya yang lain.

“Serius, aku kecewa dengan rock. Sorry lah, tak nak support (sokong) kau dah. Bye bye,” kata the faizibrahim.

“Anda sudah hilang rasa hormat saya daripada menyayangi anda kepada membenci anda dalam sesaat,” tulis karim_.hussein.

“The rock, saya sentiasa menjadi peminat anda. Saya terkejut dengan pendirian anda mengenai perkara ini. Saya rasa tiada lagi The Rock untuk saya. #freepalestine,” komen ed.8_.

Antara yang dilihat turut mengambil peluang untuk menghentamnya ialah pelakon terkenal tanah air, Sharnaaz Ahmad.

“Hey b***k, buta kayu. Boleh tak aku nak duku kepala hang sekali saja,” tulis Sharnaaz di bahagian komen.

Selain Dwayne, penyanyi Justin Bieber juga dilihat memberi sokongan terhadap Israel menerusi hantaran di Insta Story, sekali gus turut dikecam ribuan netizen di seluruh dunia. – 12 Oktober, 2023

Topics

 

Popular

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Govt has settled RM42bil of 1MDB debt, total obligations exceed RM50bil: Anwar

Anwar reveals over RM9 billion in remaining debt, with government funds covering the shortfall

3 senior Telekom Malaysia officers charged in US over US$20m embezzlement scheme

US prosecutors expose a sophisticated, multi-year insider scam at TM’s US subsidiary involving data capacity manipulation, phantom employees, and the use of AI-assisted tools to siphon millions

Related