HEADLINES

TikTok adakan perbincangan dengan KKD, MCMC minggu depan

Perkara itu diputuskan hasil pertemuannya dengan pengurusan tertinggi plafform berkenaan yang diketuai oleh Naib Presiden Global TikTok Helena Lersch semalam

8:48 PM MYT

 

SHAH ALAM – Pihak TikTok akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung pelbagai isu yang berkaitan operasi platform media sosial itu minggu depan, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil. 

Beliau berkata perkara itu diputuskan hasil pertemuannya dengan pengurusan tertinggi plafform berkenaan yang diketuai oleh Naib Presiden Global TikTok Helena Lersch semalam, susulan pematuhan operasi aplikasi itu terhadap undang-undang Malaysia didapati masih tidak memuaskan dan mesti diperbetul segera.

“Kita juga sentuh mengenai TikTok Shop dan saya telah minta beberapa maklumat tambahan daripada pihak TikTok Shop, yang akan diteliti oleh KKD dalam minggu-minggu akan datang,” katanya ketika ditemui media di sini hari ini.

Beliau berkata keadaan di Malaysia adalah berbeza di Indonesia yang mengharamkan jualan e-dagang di platform TikTok dan kerajaan perlu meneliti beberapa perkara untuk membuat keputusan selanjutnya.

“Saya telah minta beberapa maklumat dari pihak TikTok Shop untuk memahami keadaan sepenuhnya,” katanya.

Sementara itu merujuk kepada Belanjawan 2024 yang akan dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim esok, Fahmi berkata beliau percaya beberapa perkara seperti kos sara hidup dan isu keterjaminan makanan akan menjadi fokus pada belanjawan kali ini. 

“Khusus untuk KKD pula kita harap ada berita baik mengenai 5G yang kita telah usahakan setakat ini lebih bersifat pakej-pakej khas yang membantu lebih ramai rakyat memanfaatkan teknologi itu,” katanya. 

“Saya difahamkan akan ada beberapa pengumuman tetapi saya tak boleh sebut lebih dari itu dan kita tunggu saja beberapa berita baik nanti,” katanya. – 12 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Three JDT players banned following FIFA ruling: MFL CEO

League to enforce suspensions as FAM prepares appeal over FIFA’s ruling on heritage player

End of Bumiputera majority stake? Sunway makes RM3.15 per share takeover offer for IJM Corp

Despite earlier denials, Sunway’s bid to acquire IJM Corp could reshape Malaysia’s construction sector

OCM in the spotlight again: Skechers collab draws flak after brand linked to Israel

With shoe sponsorship amounting to almost RM200,000, Datuk Nazifuddin Najib says sports should be free from any agenda as the aim is to provide comfort to athletes

Related