◉ HEADLINES

Bajet 2024: 2026 Tahun Melawat Malaysia, RM350 juta rancakkan promosi pelancongan

Kawasan, bangunan dan tapak warisan tumpuan pelancong juga akan terus dipelihara bagi mengekalkan keindahan, keselamatan dan kebersihan

5:38 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan 2026 sebagai Tahun Melawat Malaysia dan kerajaan menyasarkan ketibaan 26.1 juta pelancong asing serta anggaran perbelanjaan domestik sebanyak RM97.6 bilion.

Susulan itu, katanya, kerajaan menyediakan RM350 juta bagi merancakkan promosi dan aktiviti pelancongan supaya Malaysia kembali sebagai destinasi pelancongan pilihan utama dunia.

“Ia merangkumi penganjuran Kempen Melawat Malaysia 2026; kerjasama dengan industri dalam aktiviti promosi dan penganjuran acara pelancongan dalam dan luar negara serta bantuan kepada lebih 200 penggiat kebudayaan dalam menganjurkan aktiviti seni dan budaya.

“Selain itu, pemberian geran padanan penerbangan carter dalam meningkatkan kemudahsampaian penerbangan antarabangsa ke Malaysia dan dana kepada Pusat Pelancongan Islam (ITC) untuk membangunkan industri pelancongan mesra muslim di Malaysia,” katanya ketika membentangkan Bajet 2024 di Dewan Rakyat, hari ini.

Anwar berkata, kawasan, bangunan dan tapak warisan tumpuan pelancong juga akan terus dipelihara bagi mengekalkan keindahan, keselamatan dan kebersihan.

Justeru, katanya, RM20 juta disediakan untuk manfaat kerajaan negeri bagi menyelenggara dan memulihara lokasi tarikan pelancongan seperti Tasik Timah Tasoh (Perlis), Kenong Rimba Park (Pahang) dan Pantai Teluk Kemang (Negeri Sembilan).

“Sejumlah RM80 juta juga disediakan bagi memelihara dan memulihara bangunan dan tapak warisan yang berpotensi diiktiraf oleh UNESCO, antaranya di Gua Niah, Sarawak; Lembah Bujang, Kedah dan Royal Belum, Perak.

“RM20 juta juga disediakan kepada Think City untuk mengangkat dan memulihara nilai Kuala Lumpur sebagai bandar raya kreatif dan budaya,” katanya. – 13 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Influencer Ms Puiyi wins RM4.3 mil suit against ex-business associate Mentos

Model and DJ gets judgment in default after former director of her company fails to appear in court

KLIA drivers urge MOT to intervene over new airport access charges

E-hailing and p-hailing groups say MAHB’s trial system causes delays and penalises drivers

◉ Related