HEADLINES

Konflik Israel-Hamas: AS hantar kapal pengangkut pesawat kedua ke Mediterranean Timur halang campur tangan Iran

Kapal induk USS Eisenhower akan diarahkan ke perairan tersebut untuk menyertai kapal induk USS Gerald R Ford yang tiba di sana awal minggu ini

10:56 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pentagon telah mengarahkan kapal induk kedua bergerak ke Mediterranean Timur berhampiran Israel untuk menghalang Iran atau Hizbullah daripada menyertai konflik Israel-Hamas.

Seorang pegawai kanan Amerika Syarikat (AS) dan pegawai AS memberitahu ABC News bahawa kapal induk USS Eisenhower akan diarahkan ke Mediterranean Timur untuk menyertai kapal induk USS Gerald R Ford yang tiba di sana awal minggu ini dan berada di perairan antarabangsa Israel.

“Saya telah mengarahkan kapal induk USS Dwight D. Eisenhower untuk mula bergerak ke Mediterranean Timur.

“Ia sebahagian daripada usaha kami untuk menghalang tindakan bermusuhan terhadap Israel atau sebarang usaha ke arah meluaskan perang itu berikutan serangan Hamas ke atas Israel,” kata Setiausaha Pertahanan Lloyd Austin dalam satu kenyataan bagi mengesahkan arahan terbaharu itu.

Terdahulu, pegawai kanan AS menyatakan secara terbuka minggu ini bahawa kehadiran kapal induk USS Ford di Mediterranean Timur dan pertambahan lebih banyak jet pejuang Tentera Udara AS ke rantau itu bertujuan untuk menunjukkan komitmen negara itu kepada Israel dan menghalang Iran dan Hizbullah agar tidak terlibat dalam konflik Israel-Hamas.

Sementara itu, pegawai ketiga AS memberitahu Pentagon juga sedang mempertimbangkan penempatan kapal amfibia USS Bataan lebih dekat dengan Israel untuk memberikan sokongan tambahan jika diperlukan.

Kapal induk Eisenhower meninggalkan Norfolk, Virginia, lebih awal pada Sabtu lalu menuju penempatan yang dijadualkan sebelum ini yang akan membawanya ke Timur Tengah melalui Laut Mediterranean.

Kapal tersebut turut membawa muatan kapal pengangkut pesawat USS Eisenhower dan kapal penjelajah peluru berpandu USS Philippine Sea (CG-58), dan pemusnah peluru berpandu USS Laboon (DDG-58), USS Mason (DDG-87) dan USS Gravely (DDG- 107). – Agensi

Topics

 

Hangat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Bersih warns against the weaponisation of MACC in political investigations

Coalition urges reforms and stronger oversight to protect the integrity of the commission

#DoneExplain: Anwar mocks Epstein ‘link’, cites emails as proof of no connection

Prime Minister brushes off Bersatu youth allegations with a lighthearted, emoji-filled response

Related