HEADLINES

Supermodel Naomi Campbell berjalan di pertunjukan fesyen Rizman Ruzaini pada Minggu Fesyen Dubai

Pereka fesyen Malaysia, Rizman Ruzaini mencipta sejarah tersendiri apabila dipilih menjadi penutup untuk Minggu Fesyen Dubai dan telah menampilkan supermodel terkenal dunia, Naomi Campbell sebagai salah seorang peragawati

5:09 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Bagaikan tidak percaya, itulah yang boleh digambarkan kebanyakan rakyat Malaysia apabila melihat supermodel terkenal dunia, Naomi Campbell berjalan di pertunjukan fesyen pereka fesyen terkenal tanah air, Rizman Ruzaini pada Minggu Fesyen Dubai yang berlangsung malam tadi.

Naomi tampil memukau memperagakan adibusana rekaan Rizman Ruzaini sebagai penutup pertunjukan fesyen yang berlangsung di Dubai itu.

“Mimpi jadi kenyataan”, tulis pereka duo ini di Instagram rasmi mereka sambil berkongsi foto berpimpin tangan bersama Naomi.

Rizman Ruzaini telah diundang untuk memperagakan rekaan koleksi adibusana mereka di Minggu Fesyen Dubai yang turut disertai oleh jenama dan pereka fesyen terkenal dunia seperti Carolina Herrera dan Tom Ford.

Lebih membanggakan, Rizman Ruzaini turut diberi penghormatan untuk menjadi penutup Minggu Fesyen Dubai.

Pertunjukan fesyen ini mendapat liputan meluas media antarabangsa termasuk majalah Vogue Arabia dan Vogue India yang telah berkongsi video pertunjukan fesyen ini.

Antara selebriti Malaysia yang turut hadir pada pertunjukan fesyen ini ialah Azah Aziz, Marion Caunter dan supermodel kelahiran Malaysia, Tinie yang turut berjalan di pertunjukan fesyen ini. – 16 Oktober 2023

Topics

 

Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related