HEADLINES

Budak 6 tahun disyaki panjat sebelum jatuh ke dalam mesin basuh

Kanak-kanak yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) autisme itu, dipercayai memanjat mesin basuh berkenaan ketika semua individu di dalam rumah tersebut sedang tidur

1:49 PM MYT

 

IPOH – Kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang ditemukan tidak sedarkan diri dalam mesin basuh oleh neneknya semalam, disyaki memanjat dan terjatuh ke dalam mesin basuh berkenaan yang sedang beroperasi.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, kanak-kanak yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) autisme itu, dipercayai memanjat mesin basuh berkenaan ketika semua individu di dalam rumah sedang tidur dalam kejadian kira-kira 9.30 pagi.

“Mesin basuh tersebut jenis muatan atas dan ketika kanak-kanak itu ditemukan mesin sudah berhenti beroperasi. Kami percaya kanak-kanak itu memanjat mesin basuh dan terjatuh ke dalamnya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Sungai Tapah Tambahan, Manjoi, seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun ditemukan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun pada jam 11.02 pagi.

Hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa adalah kecederaan di bahagian kepala akibat objek tumpul.

Sementara itu, Yahya berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) (a), Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611).

Menurutnya jenazah kanak-kanak itu telah dikebumikan di Johor hari ini. – 17 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

China break up Olympic champions to groom future stars

Olympic gold medallist Jia Yi Fan now partners Zhang Shu Xian in a bold move to mentor rising talent, as China strengthen their grip on women’s doubles badminton

RM950mil scrap metal tax evasion probe: MACC raids NationGate subsidiary

Electronics manufacturer says it is cooperating with authorities, taken steps to ensure operations remain unaffected after yesterday’s raid

Related