HEADLINES

Kerajaan tidak tolak ansur, kekal bertegas kelemahan tatakelola agensi Bumiputera: PM

Anwar berkata, pengurusan agensi itu harus terus berintegriti dan mengelak penyelewengan serta rasuah, malah sekiranya gagal, tindakan tegas akan dikenakan

7:50 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, beliau tidak akan sesekali bertolak-ansur dan akan sentiasa bertegas mengenai isu kelemahan integriti serta tatakelola membabitkan pihak pengurusan atasan agensi di negara ini, terutama berkaitan agenda Bumiputera.

Perdana Menteri berkata, sekiranya wujud penyelewengan dalam kalangan pengurusan agensi itu, tindakan tegas akan dikenakan kepada pihak berkenaan.

Malah, katanya, kelemahan dan kegagalan pengurusan dalam pelbagai agensi membabitkan Bumiputera sebelum ini perlu ‘membuka mata’, tidak boleh dibiar berterusan serta harus ditangani segera, agar hal membabitkan rasuah dan penyelewengan, tidak berlaku lagi dalam pentadbiran Kerajaan Perpaduan.

“Ada memperlekehkan mengatakan ucapan saya tak habis-habis tentang tatakelola dan rasuah. Saya perlu tekankan keperluan untuk memelihara integriti agar badan-badan ini (agensi Bumiputera) diuruskan dengan baik.

“Orang ini jahil, buta kenyataan dan sejarah bahawa wang serta dana dikhianati itu mencecah puluhan bilion ringgit yang sepatutnya sampai kepada anak-anak kita, mahasiswa yang inginkan bantuan.

“Justeru, saya akan sentiasa mengingatkan tentang isu integriti dalam mana-mana ucapan bagi memberi kesedaran kepada semua pihak atasan sesebuah organisasi, agar tidak sesekali mengkhianati amanah diberikan rakyat, terutama golongan Bumiputera. Sekiranya ada penyelewengan, tindakan keras akan dikenakan kepada pihak pengurusan yang menguruskan agensi Bumiputera (berkenaan),” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Yayasan Amanah Bumiputera (YAHB) berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran unit tambahan skim Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) di sini, hari ini.

Acara itu menyaksikan AHB mengumumkan satu bilion unit tambahan untuk langganan, sekali gus meningkatkan komitmennya untuk memberi peluang kepada lebih ramai Bumiputera mempunyai pemilikan benefisial ke atas pasaran hartanah di lokasi utama seluruh Malaysia.

Penambahan terbaharu ini adalah kali kelima diumumkan AHB, menjadikan jumlah unit terkumpulnya lima bilion unit.

Sementara itu, Pengerusi Pelaburan Hartanah Berhad (PHB), Tan Sri Ahmad Nizam Salleh berkata, pihaknya menyokong penuh saranan Kerajaan Perpaduan yang kini giat menggalakkan masyarakat, terutama golongan muda untuk merancang dan mengendalikan kewangan demi kelangsungan hari tua.

“Aspirasi PHB mendukung agenda Bumiputera akan terus diangkat melalui penyediaan peluang pelaburan yang lebih efektif.

“Usaha ini bagi memastikan pelabur mendapat pulangan lebih mampan dan kompetitif daripada inisiatif pengagihan kekayaan negara yang seimbang,” katanya. – 17 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related