HEADLINES

PAS banyak kerusi pada PRU-15 tetapi jadi pembangkang, sebabnya…

Seperti disebut Tuan Ibrahim, ketika PAS memiliki 18 kerusi, parti itu menjadi kerajaan, tetapi semasa mempunyai banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), ia bergelar pembangkang

11:38 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kenyataan Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa parti itu akan kembali memerintah negara tidak lama lagi, menunjukkan usaha kerajaan tebuk atap belum berakhir.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Datuk Mohd Puad Zarkashi berkata, ia juga disifatkan sebagai kenyataan ‘menakutkan’ apabila PAS seolah-olah mahu politik Malaysia menjadi seperti kiamat.

“PAS kembali memerintah tidak lama lagi. Itu cakap Timbalan Presiden PAS. Maksudnya Kerajaan Perpaduan akan tumbang. Bagaimana? Mesti tebuk atap atau GPS (Gabungan Parti Sarawak) tarik diri.

“Cakap Tuan Ibrahim menakutkan. Usaha kerajaan tebuk atap belum berakhir. PAS mahu politik Malaysia jadi macam ‘kiamat’,” katanya.

Beliau berkata, seperti disebut Tuan Ibrahim, ketika PAS memiliki 18 kerusi, parti itu menjadi kerajaan, tetapi semasa mempunyai banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), ia bergelar pembangkang.

“Sebabnya PAS angkuh dan tamak. PAS derhaka titah YDP Agong. PAS mahu jawatan MB (Menteri Besar) Pahang. Usaha beli 10 MP (Ahli Parlimen) Umno gagal,” katanya.

Semalam, Tuan Ibrahim ketika berucap merasmikan Muktamar Pemuda PAS kali ke-64 di Shah Alam, Selangor berkata, parti itu yakin akan kembali menjadi sebahagian gabungan yang menerajui Putrajaya tidak lama lagi.

Katanya, pemimpin luar negara yang menemuinya turut menyuarakan keyakinan masa depan Malaysia terletak di tangan parti itu dan Perikatan Nasional (PN).

Malah, Tuan Ibrahim secara berseloroh berkata, ketika parti itu menjadi kerajaan mereka hanya memenangi 18 kerusi Parlimen.

Namun, PAS kembali sebagai pembangkang selepas memenangi 43 kerusi dan ia ‘tanda kiamat semakin hampir’. – 19 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

FAM dismisses talk of Nacho Mendez joining Harimau Malaya

FAM says it is not pursuing any process involving Mendez and has dismissed speculation linking the Spanish-born player to Harimau Malaya

Government to roll out targeted RON95 subsidy using IC-based verification

Tech-driven mechanism aims to curb misuse and ensure only deserving Malaysians benefit from subsidised fuel

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Related