HEADLINES

‘Sila keluar selewatnya esok’, Shila Amzah beri amaran akan ambil tindakan undang-undang jika individu bernama Eiza tidak keluar dari rumahnya

Shila turut meminta individu berkenaan supaya tidak campur tangan dan menyebarkan cerita mengenai diri dan keluarganya

5:12 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kesabaran penyanyi Shila Amzah terhadap konflik dalaman berkaitan dengan keluarganya benar-benar sudah sampai batasnya.

Terbaharu, penyanyi yang terkenal dengan lagu Patah Seribu dan Jauh Hati ini memberi amaran kepada seorang individu bernama ‘Eiza’ untuk keluar dari kediamannya yang terletak di Hulu Langat dalam tempoh segera.

Shila turut meminta Eiza supaya tidak masuk campur tangan dan menyebarkan cerita mengenai diri dan keluarganya.

“Assalamualaikum, untuk orang luar yang sebenar. Eiza yang dah duduk lama di rumah saya di Langat tu, sila keluar selewatnya esok hari sebelum saya ambil tindakan undang-undang.

“Sila keluar dengan kadar segera. Lagi satu, sepatah perkataan lagi tentang saya dan keluarga saya di akaun media sosial anda, saya akan hantar LOD (surat tuntutan) rasmi, jika anda benar-benar mahukannya.

“Saya dah pernah beritahu melalui ibu saya untuk memintanya keluar sejak 1 tahun yang lalu, dia pindah masuk tanpa kebenaran saya,” katanya.

Shila Amzah yang kini menyertai program Famili Duo bersama adiknya, Syahir telah membuat kenyataan tersebut menerusi IG Story miliknya petang ini.

Wow! Panas betul kisah Shila Amzah dan keluarganya sehingga ia turut melibatkan orang luar yang tiada kaitan dengan mereka. Harap-harap, perkara ini dapat diselesaikan dengan baik tanpa sebarang kontroversi. – 19 Oktober, 2023

Topics

 

Popular

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Related