HEADLINES

Patuhi peraturan ketika sertai perhimpunan aman: Polis

Menurut Allaudeen, tindakan membawa dan mengibarkan sepanduk semasa menaiki motosikal adalah perbuatan menyalahi undang-undang kerana ia boleh membahayakan pengguna jalan raya lain

12:37 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Orang ramai diingatkan supaya mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya ketika menyertai perhimpunan aman di ibu negara.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, pihaknya mendapati terdapat individu mengibar dan membawa sepanduk sambil menaiki motosikal yang boleh membahayakan pengguna jalan raya lain.

“Tindakan membawa dan mengibarkan sepanduk semasa menaiki motosikal adalah perbuatan menyalahi undang-undang kerana ia boleh membahayakan pengguna jalan raya lain,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPPKKL) di sini, hari ini.

Beliau berkata, polis akan melaksanakan operasi lalu lintas di sekitar ibu negara bagi memastikan orang ramai patuh terhadap peraturan jalan raya. 

Dalam pada itu, Allaudeen berkata, polis telah bersedia dalam memastikan kelancaran Himpunan Malaysia Bersama Palestin yang diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil di sini malam ini.

Himpunan dikelolakan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Global Peace Malaysia (GPM) selaku penganjur utama itu dijangka bermula  6 petang hingga 11 malam melibatkan lebih 40 pertubuhan bukan kerajaan (NGO). 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menyampaikan amanat khas pada perhimpunan itu yang bertujuan menunjukkan tanda solidariti negara bersama rakyat Palestin. – 24 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Related