◉ HEADLINES

Bos Susu naik hantu produksi potong segmen ucapannya, ‘Jangan anggap klip aku picisan, buat acuh tak acuh’

Disebabkan pendedahan itu, ramai netizen meminta agar dia menghentikan tajaan untuk program GV pada tahun hadapan

8:38 PM MYT

 

SHAH ALAM – Jarang sekali melihat figura ini marah kerana dia seringkali kelihatan ceria tatkala muncul di konsert Gegar Vaganza (GV) sebagai penaja utama.

Namun minggu lalu, Ketua Pegawai Operasi Farm Fresh, Azmi Zainal atau lebih dikenali Bos Susu tiba-tiba ‘naik hantu’ kerana mendakwa segmen ucapannya dipotong pihak produksi.

Azmi meluahkan kekecewaannya itu menerusi Facebook dan mendedahkan apa sebenarnya berlaku pada malam konsert minggu keempat berkenaan.

“Gegar Vaganza kali ini aku stres gila. Takkan nak pantun sahaja untuk klip berdurasi satu minit. Orang pun bosan. Bukan senang nak jual susu ni. Aku ada satu minit sahaja untuk tambat perhatian enam juta penonton. Dah la minggu lepas klip aku kena potong. Angin satu badan aku masa konsert tu.

“Lepas sahaja segmen aku habis. Anda tak nampak aku di kerusi lagi? Aku pergi bilik operasi untuk minta penjelasan. Bagi aku, klip satu minit itu sangat berharga. Itu yang aku cakap dengan pihak Astro. Sokonglah, janganlah anggap klip aku tu picisan dalam konsert ini. Buat acuh tak acuh sahaja.

“Dah ambil kita jadi penaja, kenalah pandai jaga penaja. Aku taja sebab bisnes, untuk naikkan jualan. Bukan untuk aku glamor. Nak bayar juta-juta pada Astro, aku kena perah ‘nenen’ lembu aku. Bukan aku petik daun tepi jalan,” luahnya dalam hantaran itu.

Disebabkan pendedahan itu, ramai netizen meminta agar dia menghentikan tajaan untuk program GV pada tahun hadapan dan memintanya menaja program lain yang lebih berfaedah.

Ramai netizen meminta agar Bos Susu menghentikan tajaan untuk program GV pada tahun hadapan dan memintanya menaja program lain yang lebih berfaedah – Tangkapan layar media sosial, 24 Oktober, 2023

Farm Fresh mula menjadi penaja utama bagi program GV sejak musim keenam pada 2019.

Sebelum itu, Datuk Seri Vida menerusi jenama Qu Puteh menjadi penaja utama program terbabit selama beberapa musim, sehingga mencetuskan kontroversi ‘merampas mikrofon’ kerana usahawan berkenaan ingin bercakap sewaktu konsert. – 24 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Popular

MCA gets four seats in Melaka polls, predicts tough fight in DAP strongholds

Initially given two seats, last-minute negotiations within Barisan Nasional now lands MCA with the staunchly DAP seats of Kota Laksamana and Bandar Hilir

79 candidates to fight for 28 seats in Melaka polls

Besides notable incumbents defending their seats such as Melaka CM Datuk Seri Ab Rauf Yusoh and Melaka Pakatan chief Adly Zahari, the Prime Minister’s political secretary Datuk Azman Abidin will contest his maiden election in Paya Rumput

Penugasan baharu Shuhaily dalam PDRM belum diputuskan : KPN

Mohd Khalid berkata sebarang tugasan dan tindakan susulan terhadap Shuhaily hanya boleh diambil selepas beliau kembali ke PDRM, namun setakat ini belum ada keputusan dibuat

◉ Related