◉ HEADLINES

Ezzrin Loy dan Sharifah Rose hanya kawan, kurang selesa video turun tangga bergerak jadi tular

Menurut adik kepada Elfira Loy ini, dia kurang selesa apabila videonya bersama Sharifah Rose yang sedang turun tangga bergerak di sebuah pusat beli-belah menjadi tular

8:37 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Pelakon kacak, Ezzrin Loy menepis dakwaan bahawa dia dan aktres Sharifah Rose kini sedang hangat bercinta.

Gosip cinta di antara kedua-duanya mula diperkatakan selepas video mereka turun tangga bergerak bersama-sama di sebuah pusat beli-belah menjadi tular.

Menurut Ezzrin atau nama lengkapnya Ahmad Ezzrin Loy Ahmad Sabri, 26, dia akui memang individu di dalam video yang tular itu adalah mereka berdua. Tetapi mereka hanya keluar makan, bukannya ‘dating’.

“Sejujurnya saya kurang selesa dengan video itu kerana ia melibatkan privasi orang lain. Saya rasa banyak lagi isu di luar sana yang boleh kita jadikan topik untuk bercerita berbanding video saya dan Sharifah Rose turun tangga bergerak.

“Saya akui memang rapat dengan Sharifah Rose. Kami pun dah lama kenal dan mempunyai rakan yang sama. Malah pernah berlakon bersama-sama dalam sebuah drama.

“Nak cakap lebih-lebih pun tak boleh kerana dia ada ibu bapa. Saya perlu hormati mereka,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Unifi TV Originals.

Beralih ke soal kerjaya, wajah Ezzrin kini kurang kelihatan di kaca televisyen berbanding sewaktu zaman kanak-kanak dan remajanya. Kata Ezzrin dia sudah bosan sering diberikan watak yang sama terutamanya watak budak sekolah.

“Sampai satu tahap saya rasa dah tak seronok lagi berlakon kerana selama 12 tahun saya asyik bawa watak budak sekolah. Sebab itu saya ambil keputusan untuk berehat sekejap dari dunia lakonan. Dan kini perlahan-perlahan saya cuba meneroka watak sebagai orang dewasa pula,” ujarnya.

Terbaru Ezzrin bakal muncul dengan drama bergenre seram berjudul Gemersik Berbisik arahan Amor Rizan yang akan ditayangkan di saluran Degup di bawah Unifi TV. Dalam drama ini dia bergandingan dengan Elisya Sandha dan Zarul Imran sebagai watak utama. – 25 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Popular

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Jho Low is now ‘Constantinos Achilles’, lives luxuriously in Shanghai: US reporters

The former playboy financier linked to 1MDB scandal is allegedly using a fake Aussie passport to move around China

◉ Related