HEADLINES

‘Justin tak gembira, sangat marah dengan pendedahan berani mati Britney Spears’

Pendedahan itu bukan sahaja membuatkan Justin dikecam teruk netizen, malah menjejaskan sambutan ulang tahun perkahwinannya yang ke-11 dengan aktres Jessica Biel

4:09 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penyanyi, Justin Timberlake dilapor tidak gembira dengan apa didedahkan bekas teman wanitanya yang juga selebriti terkemuka, Britney Spears menerusi memoir bertajuk The Woman In Me.

Bahkan, dia juga dikatakan marah apabila Britney mendedahkan segala hal peribadi sepanjang tiga tahun mereka menjalin cinta.

Malah, bekas anggota kumpulan NSYNC itu, dikecam hebat netizen selepas Britney berkongsi pelbagai ‘rahsia buruk’ mengenai hubungan mereka dalam memoir itu yang kini tular.

Antaranya adalah dakwaaan dia menipu dan mendesak Britney mengugurkan kandungan selepas mengetahui kekasihnya itu hamil pada usia 19 tahun.

Menurut laporan Daily Mail, sumber memaklumkan, Justin tidak bercadang menghubungi Britney, tetapi dia sangat marah kerana penyanyi Baby One More Time itu hanya memberi satu sisi cerita.

Justin dan isteri, aktres Jessica Biel bahagia mendirikan rumah tangga sejak 11 tahun lalu. – Gambar Instagram Justin Timberlake, 26 Oktober, 2023

“Justin tidak menghubungi Britney mengenai semua perkara didedahkannya itu dan dia tidak mungkin akan melakukannya kerana tiada yang ingin dikatakan.

“Britney hanya memberitahu dari sudut pandangannya dan Justin tidak gembira serta tidak okay dengan apa didedahkan di dalam buku itu,” katanya.

Britney dan Justin pertama kali bertemu di The Mickey Mouse Club, sebelum mereka menjalin hubungan pada 1999 dan menjadi kisah percintaan artis pop paling berprofil tinggi pada era itu.

Mereka berpisah pada 2002 dan Britney mendakwa, Justin memutuskan hubungan menerusi mesej dua perkataan iaitu ‘its over’ semasa wanita itu berada di set untuk menjayakan penggambaran video muzik, Overprotected.

Pelantun lagu Toxic itu juga menulis dalam memoir berkenaan bahawa hatinya hancur dan pernah mempertimbangkan untuk berhenti sepenuhnya daripada industri muzik susulan perpisahan itu, tambahan apabila melihat Justin seolah-olah tidak terganggu dengan perpisahan mereka.

“Saya berada dalam keadaan koma di Lousiana dan dia pula gembira mengelilingi Hollywood,” dakwa Britney.

Pendedahan Britney mengenai kisahnya bersama Justin membuatkan penyanyi Like I Love You itu ‘tidak senang duduk’, sehingga turut menjejaskan sambutan ulang tahun perkahwinannya yang ke-11 dengan aktres Jessica Biel.

“Dengan semua pendedahan yang keluar daripada buku Britney itu, ia bukanlah situasi terbaik untuk sambutan ulang tahun perkahwinannya,” kata satu sumber lain. – 26 Oktober, 2023

Gambar: Britney Spears dan Justin Timberlake IG

Caption: Walaupun tidak bercadang menghubungi Britney berhubung pendedahan wanita terbabit, Justin sangat marah kerana penyanyi Baby One More Time itu hanya memberi satu sisi cerita

Topics

 

Popular

Malaysia’s medal tally takes a dent after key sports excluded from Glasgow Commonwealth

OCM accepts decision of badminton and squash, among others, being axed from 2026 Games as organisers plan for a leaner, more financially sustainable event

Malaysia’s longest river bridge opens, linking Sebuyau and Maludam

The RM848.75 million Batang Lupar No. 1 Bridge marks a new era in Sarawak’s coastal connectivity, replacing decades-old ferry crossings

US returns over US$1.37b in stolen 1MDB assets to Malaysia: Azalina

While Malaysia celebrates the return of US$1.37b in misappropriated 1MDB assets from the US, Law Minister Datuk Seri Azalina Othman Said reveals that the final tally of recovered wealth remains a moving target due to market fluctuations and complex, ongoing global court battles

Related