HEADLINES

Bad Indigo meninggal dunia di bengkel kerjanya

Berita pemergiannya itu disahkan penyanyi Liza Hanim

9:48 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Anggota kumpulan Indigo, Badrul Izhan Yeop Abdullah atau Bad menghembuskan nafas terakhir di bengkel kerjanya di Ampang kira-kira jam 7 petang tadi.

Bad yang baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya pada 13 Oktober lalu meninggal dunia pada usia 48 tahun.

Berita pemergiannya itu disahkan penyanyi Liza Hanim menerusi akaun Instagram miliknya sebentar tadi dan memberitahu akan memberikan maklumat lanjut mengenainya kelak.

Bad dan suami Liza iaitu Mohammed Shahrun Mohamed Samsudin atau Shah sama-sama menganggotai kumpulan Indigo.

Sewaktu hayatnya, Bad bersama Shah dan seorang lagi anggota kumpulan itu iaitu Shahrul Nizam Abdul Aziz atau Zam pernah menyertai program nyanyian, Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7).

Kenangan Allahyarham Bad (paling kanan) ketika masih aktif bersama kumpulan Indigo. – Gambar Instagram, 26 Oktober, 2023

Antara lagu popular kumpulan itu adalah Istimewa dan juga Suraya yang pernah dipopularkan kumpulan Headwind. – 26 Oktober 2023

Topics

 

Popular

Budget 2026: RM2 billion cash aid for Deepavali

Prime minister says nearly nine million Malaysians will benefit from increased STR and SARA assistance, with allocations rising to RM15 billion next year

RM4,000 grant to scrap old car, buy new Proton, Perodua

Under Budget 2026, government and national car makers to provide the grant to ensure better road safety

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

Related