◉ HEADLINES

Kefahaman tentang ilmu perlu jadi teras membangunkan Malaysia Madani: Anwar

Semua harus ada kefahaman asas tentang Islam, (selain) untuk menyelamatkan diri dan keluarga tetapi juga untuk mengelakkan daripada menjadi alat atau mangsa kefahaman yang mungkin mengelirukan

10:14 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kefahaman tentang ilmu perlu menjadi teras dalam membangunkan Malaysia MADANI dan menegakkan syiar Islam.

“Maka tidak kira siapa, semua harus ada kefahaman asas tentang Islam, (selain) untuk menyelamatkan diri dan keluarga tetapi juga untuk mengelakkan daripada menjadi alat atau mangsa kefahaman yang mungkin mengelirukan sama ada fahaman barat atau fahaman yang boleh melemahkan kekuatan Islam,” katanya semasa berucap di Majlis Ilmu MADANI, di sini hari ini.

Tazkirah pada malam ini disampaikan Mudir Pertubuhan Mujamma’ Ibnu Sunni Lit Talaqqi, Pendang, Kedah Abdullah Abdul Rahman atau juga dikenali Tuan Guru Abdul Rahim. Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Anwar berkata kediaman rasmi Perdana Menteri iaitu Seri Perdana sering mengadakan majlis ilmu secara berkala supaya tradisi budaya ilmu itu dapat dihayati.

Beliau berkata dalam Islam, sekiranya terdapat perbezaan pendapat ia perlu ditangani secara bijaksana dan berhikmah.

Anwar berkata Kementerian Pendidikan (KPM) bersama Jabatan Kemajuan Islam akan bekerjasama memastikan kefahaman tentang Hadis 40 Imam Nawawi dapat diserapkan dalam kalangan pelajar sekolah.

“KPM dan menterinya (Fadhlina Sidek) dan menteri agama (Mohd Na’im) akan bersama memastikan semua anak-anak Islam membaca, selain kurikulum ditetapkan, Hadis 40 Imam Nawawi,” katanya. – 27 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Hangat

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Best results since 2013: SPM 2024 shows improvement across the board

14,179 students scored straight A’s, significantly increasing from 11,713 last year and highest number in over a decade

◉ Related