HEADLINES

Bidaan ‘Jam Rolex untuk Palestin’ bekas Mufti Wilayah Persekutuan ditutup, terima tawaran RM135,000

Zulkifli berkata, beliau akan bertemu pembida terbabit pada petang ini

8:56 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bidaan jam tangan Rolex milik bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri ditutup tengah malam tadi dengan menerima tawaran tertinggi RM135,000.

Memaklumkan perkara berkenaan di Facebook, bekas Mufti Wilayah Persekutuan itu berkata, beliau akan bertemu individu yang memenangi bidaan berkenaan petang ini.

“Bidaan Jam Rolex untuk Palestin sudah tamat. Terima kasih kepada pembida yang membida. Semoga Allah mengganjari niat yang murni dengan balasan selayaknya.

“Jumlah bidaan yang tertinggi adalah RM135,000. Insya-Allah, saya akan bertemu pemenangnya petang ini,” katanya.

Zulkifli membuka bidaan itu kelmarin pada harga RM40,000 dengan kenaikan bermula RM100 ke atas, bertujuan menyumbangkan hasil tawaran terbabit untuk Palestin.

Menerusi ciapannya di laman X, beliau berkata, hasil bidaan itu akan didermakan sepenuhnya bagi membantu rakyat di negara berkenaan yang ditindas rejim Zionis ketika ini.

Katanya, jam kesayangannya itu adalah pemberian cenderamata daripada Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud, selepas beliau mewakili semua mufti dan ulama menyampaikan ucapan di hadapan baginda pada kunjungan hormat pemimpin berkenaan di Malaysia pada 2017.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan di Palestin mengesahkan, lebih 8,500 penduduk Gaza terkorban akibat serangan tentera Israel, setakat semalam.

Mangsa, katanya, termasuk lebih 3,500 kanak-kanak dan lebih 2,180 wanita, manaka 21,500 penduduk cedera,” katanya.

Konflik Israel dan Palestin yang tercetus sejak 7 Oktober lalu tidak menunjukka tanda ia akan berakhir dalam tempoh terdekat atau gencatan senjata akan dilakukan. – 1 November, 2023

Topics

 

Hangat

Of Chinese gangs, a M’sian ex-deputy minister, and Burmese rebels: KL event ensnared in Myanmar scam centre?

Human rights group reveals event at JW Marriott for controversial Dongmei Zone, which allegedly sourced billions of ringgit in investments from prominent individuals, and reported by Chinese human trafficking victim to be rife with crime, drugs, brothels

Malaysia pulls the plug on Kuwaiti Hornet deal after years of turbulence

RMAF walks away from costly, outdated aircraft amid rising concerns over integration, support, and long-term value

Expanded quota: M-League clubs allowed to register 33 players for 2025–26 season

MFL adds three local player slots per team, citing absence of youth squads and MFL Cup

Related