HEADLINES

‘Jay Park lebih baik sebagai CEO daripada Psy’, pengakuan jujur Jessi mengejutkan

Dia pernah bernaung di bawah agensi Psy, tetapi berpindah ke syarikat milik Jay Park

8:12 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Rapper wanita Korea, Jessi dalam dilema untuk membuat pilihan sama ada dia lebih suka bekerjasama dengan Jay Park atau Psy.

Situasi itu dialami Jessi sewaktu tampil dalam program SBS, DolSing Fourmen yang bersiaran semalam.

“Siapa anda lebih suka? CEO agensi sekarang iaitu Jay Park atau CEO bekas agensi dahulu, Psy?” tanya hos program itu.

Penyanyi lagu Zoom itu pernah bernaung di bawah agensi Psy, iaitu P Nation, tetapi kemudian mengambil keputusan berpindah ke syarikat milik Jay Park, More Vision.

Dalam tempoh tiga saat, Jessi dengan nada menjerit menjawab, “Saya tidak suka kedua-duanya”.

Namun, Jessi kemudian bertanya adakah soalan dikemukakan itu daripada sudut keperibadian mereka atau perniagaan.

Akhirnya, dia memilih Jay Park yang juga seorang bintang Kpop sensasi.

Membandingkan cara kerja Psy yang pernah mencetuskan fenomena menerusi lagu Oppa Gangnam Style dengan Jay Park, Jessi berkata, Psy mempunyai pengalaman cukup luas.

Jessi berkata, ia membuatkan dia sentiasa cuba untuk mengikut segala nasihat Psy.

“Tetapi Jay Park adalah seorang kawan. Jadi, kami boleh berdebat dan menyelesaikan masalah bersama,” katanya.

Ketika ditanya adakah Psy pernah menasihatinya supaya tidak mengenakan pakaian terlalu seksi, Jessi memaklumkan, sekiranya lelaki itu berbuat demikian, dia pasti akan lebih seksi.

“Sangat panas di atas pentas. Lihatlah betapa seksinya Beyonce di atas pentas dengan bajunya,” katanya. – 1 November, 2023

Topics

 

Popular

The North Face bids farewell to Malaysia with 60% clearance sale

Beloved outdoor brand announces closure of its seven retail outlets, leaving fans saddened, with many expressing their feelings on social media

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

RM950mil scrap metal tax evasion probe: MACC raids NationGate subsidiary

Electronics manufacturer says it is cooperating with authorities, taken steps to ensure operations remain unaffected after yesterday’s raid

Related