HEADLINES

Dambakan badan ‘six pack’ serta amalan gaya hidup sihat, pelakon Shah Radhi sudah 4 tahun tak sentuh nasi

Shah turut membuka francais restoran makanan sihat yang diberi nama Ngam Ngam Neighborhood yang sudah mempunyai beberapa cawangan di sekitar Lembah Klang

6:52 PM MYT

 

PUTRAJAYA — Pelakon dan usahawan, Shah Radhi Hazvee, 27, mengakui sudah empat tahun tidak menjamah nasi dan mengambil makanan atau minuman bergula iaitu sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut pelakon drama bersiri Monalisa ini, dia tidak mengambil nasi dan gula dalam menu hariannya kerana ingin menjalani gaya hidup sihat.

“Seperkara lagi, ibu saya juga ada penyakit kencing manis sehingga terpaksa potong kaki. Perkara ini membuka mata saya agar menjaga kesihatan dengan lebih baik.

“Selain itu, dulu badan saya sedikit ‘chubby’. Jadi saya memang idamkan untuk punya ‘six pack’ pada tubuh saya. Jadi saya mula bersenam di gimnasium dan amalkan diet yang sihat,” katanya kepada Scoop.

Demi ‘six pack’ idaman, Shah Radhi mula mengamalkan pemakanan sihat dan mula bersenam di gimnasium – Gambar Shah Radhi, 2 November, 2023

Disebabkan itu, maka timbul idea untuk Shah membuka francais restoran makanan sihat yang diberi nama Ngam Ngam Neighborhood yang kini mempunyai beberapa cawangan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

“Kalau anda lihat, makanan yang saya sering kongsi di akaun media sosial, itulah yang saya makan setiap hari dan ia ada ditawarkan di restoran ini,” ujarnya.

Menyedari ramai artis veteran yang melalui fasa kesempitan hidup kerana kurang tawaran dalam bidang seni, Shah turut menganjurkan majlis penyerahan bantuan kepada 27 artis veteran di restorannya.

Antara artis veteran yang menerima bantuan tersebut ialah Mak Wan, Margaret Gan, Delimawati, Mat Over, Mubarak Majid dan ramai lagi.

Shah Radhi ketika menghulurkan bantuan kepada artis-artis veteran di restorannya – Gambar Shah Radhi, 2 November, 2023

Ditanya kenapa dia memilih untuk memberi bantuan kepada artis-artis veteran, kata Shah dia juga pernah merasa hidup susah satu ketika dahulu.

“Saya tak sampai hati lihat artis-artis veteran kita hidup susah. Mereka sudah seperti ibu dan ayah saya. Sebagai pelakon baru, apa salahnya saya kongsi rezeki dengan mereka.

“Saya masih ingat, sewaktu kecil saya dan ibu terpaksa makan bubur nasi dengan serbuk kari sahaja. Pernah juga hanya makan lempeng selama seminggu. Sampai ke tahap itu kesusahan saya dulu.

“Perkara ini membuatkan saya rasa dekat dengan artis-artis veteran yang memerlukan bantuan,” kongsinya.

Beralih ke soal kerjaya seni, Shah bakal muncul dengan filem arahan Zizan Nin yang berjudul Sazali Meor Coco yang akan ditayangkan pada bulan ini. – 2 November, 2023

Topics

 

Popular

Of Chinese gangs, a M’sian ex-deputy minister, and Burmese rebels: KL event ensnared in Myanmar scam centre?

Human rights group reveals event at JW Marriott for controversial Dongmei Zone, which allegedly sourced billions of ringgit in investments from prominent individuals, and reported by Chinese human trafficking victim to be rife with crime, drugs, brothels

Court orders MYAirline co-founder to repay over RM8mil to investors

Datuk Allan Goh and four associated companies are directed to return funds after failing to meet financial obligations to 15 investors

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related