◉ HEADLINES

Bekas Ahli Parlimen Sekijang, Natrah Ismail meninggal dunia: Fahmi

Natrah yang merupakan Ahli Majlis Pimpinan Wanita Keadilan Pusat menjadi Ahli Parlimen Sekijang, Johor dari 2018 hingga 2022

11:52 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Parlimen Sekijang Natrah Ismail, 73, meninggal dunia malam ini.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil  menerusi hantaran di laman X malam ini berkata beliau baru menerima khabar sedih itu.

Katanya Allahyarhamah seorang yang baik, tertib dan sentiasa gigih memperjuangkan nasib rakyat.

“Baru terima khabar cukup sedih dan duka, Kak Natrah Ismail, mantan Ahli Parlimen Sekijang, baru sahaja kembali ke rahmatullah. Kami berkhidmat bersama dalam Parlimen ke-14.

“Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmatNya,” kata Ketua Penerangan PKR itu.

Sementara itu bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Melawati, Juwairiya Zulkifli menerusi laman Facebooknya memaklumkan Natrah meninggal dunia akibat kanser di Hospital Segamat.

Natrah yang merupakan Ahli Majlis Pimpinan Wanita Keadilan Pusat menjadi Ahli Parlimen Sekijang, Johor dari 2018 hingga 2022. – 2 November, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Inside the Bandar Utama school tragedy: a timeline of the shocking fatal stabbing

A look at the events surrounding the stabbing of a 16-year-old student, with ongoing investigations into the suspect's motives and the role of online violence

Port Klang breaks into world’s top 10 busiest ports with 4.1% growth

Malaysia’s largest port overtakes Hong Kong as container volumes climb to 14.64 million TEUs in 2024

◉ Related