HEADLINES

Galeri Puteh anjur pameran seni untuk rakyat Palestin

Pameran yang julung kali diadakan itu bertujuan mengumpulkan dana bantuan kemanusiaan khusus untuk rakyat Palestin

5:29 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sebagai tanda sokongan dan solidariti kepada rakyat Palestin, Galeri Puteh Art Management menganjurkan Pameran Seni ‘Colours of Gaza’ di Galeri Puteh, KL Eco City Mall, di sini, pada 14 hingga 21 November ini.

Pengarah Galeri Puteh Mohd Nizam Rahmat berkata pameran yang julung kali diadakan itu bertujuan mengumpulkan dana bantuan kemanusiaan khusus untuk rakyat Palestin, selain menyampaikan mesej dan memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai penderitaan rakyat Palestin akibat kekejaman rejim Israel.

“Pameran ini juga bertujuan mencipta ruang dialog dan pemahaman antara masyarakat melalui seni dan warna sebagai medium untuk berkomunikasi. 

“Seniman mempunyai peranan yang kuat dalam membentuk persepsi dan emosi. Ini kerana, setiap karya seni menyampaikan pesanan dan emosi, sekali gus mencerminkan sokongan berterusan golongan itu kepada usaha kemanusiaan di Palestin,” katanya kepada Bernama, di sini, hari ini.

Menurutnya, lebih 50 artis dari seluruh negara membabitkan pelukis, pemuisi dan artis akan terlibat dalam pameran ini antaranya Abdul Mansoor Ibrahim, Tajuddin Ismail, Ahmad Fuad Osman, Bayu Utomo Radjikin, Abu Bakar Idris, Juhari Said, Faizal Suhif, Jalaini Abu Hassan, Fauzul Yusri, Suzlee Ibrahim, Ramlan Abdullah, Rafiee Ghani, Kide Baharudin, Ika Sharom, Stephen Menon, Samsuddin Wahab, Hamir Soib, Faisal Tehrani, Amar Idris dan Intan Rafiza.

Mohd Nizam berkata 40 peratus daripada hasil penjualan karya seni dan penajaan akan disumbangkan kepada tabung bantuan Palestin, menerusi kerjasama dengan badan kemanusiaan yang sah, yang akan dipilih kelak.

“Adalah penting untuk kami memilih saluran yang sesuai bagi memastikan bantuan itu sampai kepada mereka yang memerlukannya. Usaha ini sedikit sebanyak membantu meringankan bebanan serta penderitaan ditanggung oleh rakyat Palestin ketika ini.

“Walaupun ia dirancang dalam waktu yang singkat, kami berharap dapat mengumpul dana sehingga RM100,000. Kami memerlukan sokongan padu daripada semua pihak untuk sama-sama menjayakan pameran ini,” katanya.

Orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Pameran Seni ‘Colours of Gaza’, boleh melayari media sosial Galeri Puteh di Instagram dan Facebook. – 3 November, 2023

Topics

 

Popular

New NFDP technical director sets blueprint to reduce reliance on naturalised players

Following heritage player fiasco, Ong Kim Swee focuses on developing homegrown talent

‘Glow Campaign’ launched to protect Bukit Kiara from condo development

Initiative calls on Sime Darby Property to pause project and disclose environmental impact to safeguard Kuala Lumpur’s urban green lung

Online Safety Act enforces stricter rules, enhances protection for minors online

New law aims to curb harmful content and limit under-16 access on social media, Platforms must implement age verification and safeguard children from digital risks

Related