◉ HEADLINES

Michael Ang dedah tidak suka jadi pelakon, ‘saya berlakon pun sebab…’

Michael membuat pengakuan itu melalui program Sembang Kuali di YouTube yang menampilkan pempengaruh popular, Ceddy Ang sebagai tetamunya

10:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Walaupun sudah membintangi dua filem dan beberapa drama, Michael Ang mengakui dia sebenarnya tidak berminat menjadi pelakon.

Sebaliknya, produser dan pengarah yang cukup lantang memperkatakan sesuatu isu semasa di media sosial itu memberitahu, dia lebih meminati bidang pengarahan serta penulisan skrip.

Michael membuat pengakuan itu melalui Sembang Kuali di YouTube yang menampilkan pempengaruh popular, Ceddy Ang sebagai tetamunya.

Kenyataan itu dikeluarkan apabila Ceddy mempersoalkan penglibatannya di dalam pelbagai cabang seni, iaitu sebagai penyanyi, pelakon, pengarah dan penerbit.

Ceddy berkata demikian sebagai membalas kenyataan Michael yang mempertikaikan tindakan segelintir TikToker yang cukup ghairah untuk menceburi sesuatu bidang yang tidak bersesuaian bakat mereka.

“Saya menyanyi sebab orang bayar. Kau tak nak buat, kalau orang bayar kau berpuluh ribu? Kedua, kalau korang (anda) nak tahu, saya tak suka berlakon. Saya berlakon pun sebab tolong kawan saja.

“Cuba tengok, semua filem saya berlakon tu sebab siapa? Semua satu produser sebab dia kawan saya. Mengarah adalah apa saya suka. Menulis skrip adalah apa saya suka. Itu yang saya fokus.

“Berlakon tu, cuma untuk tolong kawan. Bila kawan minta tolong saya buat. Itu sahaja. Kalau berlakon dengan orang lain, jarang,” katanya.

Michael Ang memang sering berlakon dalam filem terbitan Eleven Field Creative Sdn Bhd milik rakan baiknya, Sharifah Shahora dan Raja Mukhriz.

Filem lakonannya bersama syarikat produksi terbabit adalah Ophilia dan terbaharu, Pagari Bulan.

Berhubung isu TikToker ditimbulkannya itu, Michael berkata, seseorang TikToker atau pembuat konten memang layak menjadi selebriti, namun harus mempunyai cara sendiri bagaimana untuk menampilkan diri.

“Kalau anda bagus dalam sesuatu perkara itu, lebih baik kekal dengan perkara yang bagus anda lakukan. Usah menjadi sesuatu yang tidak sesuai anda lakukan,” katanya jujur. – 4 November, 2023

Topics

 

◉ Popular

79 candidates to fight for 28 seats in Melaka polls

Besides notable incumbents defending their seats such as Melaka CM Datuk Seri Ab Rauf Yusoh and Melaka Pakatan chief Adly Zahari, the Prime Minister’s political secretary Datuk Azman Abidin will contest his maiden election in Paya Rumput

MCA gets four seats in Melaka polls, predicts tough fight in DAP strongholds

Initially given two seats, last-minute negotiations within Barisan Nasional now lands MCA with the staunchly DAP seats of Kota Laksamana and Bandar Hilir

Red Bull’s Acosta wins MotoGP Sprint, Ducati Lenovo’s Marquez second

Third on the podium is Italian rider Marco Bezzecchi of Aprilia Racing

◉ Related