HEADLINES

Baru sekali dipentaskan, teater Dang Anum ditawarkan ‘roadshow’ ke Batam, Riau

Teater Dang Anum yang mula dipentaskan di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur malam tadi, berjaya menarik lebih 200 penonton

6:23 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Walaupun baru sahaja dipentaskan semalam, Teater Dang Anum sudah mendapat tawaran untuk mengadakan jerayawara (roadshow) di beberapa negeri dalam mahupun luar negara.

Penerbit dan pengarah, Amirul Haswendy Ashari berkata, tawaran itu muncul dalam kalangan peminat teater yang menghubunginya dan menyatakan minat untuk membawa naskhah berkenaan ke beberapa lokasi terpilih.

“Selepas mendapat tahu mengenai tawaran itu, pihak persatuan agak terkejut, seperti bermimpi pula!

“Pihak itu menawarkan kerjasama dan tajaan untuk membawa Teater Dang Anum ke beberapa negeri di Semenanjung,” katanya.

Lebih mengejutkan, pihak yang membuat tawaran itu mahu naskhah berkenaan turut dipentaskan di Batam dan Riau, Indonesia.

Penerbit dan pengarah, Amirul Haswendy Ashari berkata, tawaran itu muncul dalam kalangan peminat teater yang menghubunginya dan menyatakan minat untuk membawa naskhah berkenaan ke beberapa lokasi terpilih – Gambar The Redholah, 5 November, 2023

“Apatah lagi, naskhah ini sememangnya sangat dekat dengan masyarakat terutama bangsa Melayu yang tinggal di beberapa kepulauan Melayu seperti Batam dan Riau.

“Setakat ini kami belum bersedia untuk mendedahkan siapa pihak itu kerana masih dalam proses perbincangan, lagipun kami mahu Teater Dang Anum ini selesai terlebih dahulu.

“Jika ada rezeki, tidak mustahil naskhah ini akan ‘mengembara’ ke seluruh pelusuk negara termasuk ke negara jiran,” katanya.

Teater Dang Anum menampilkan Ain Sufia sebagai Dang Anum, Azizul Ammar sebagai Megat Seri Rama/Laksamana Bentan, Along Eyzendy sebagai Sultan Mahmud dan Adam Shahz sebagai Tun Beja Ali – Gambar The Redholah, 5 November, 2023

Dalam pada itu, Teater Dang Anum terbitan Persatuan Seni & Budaya Redholah (The Redholah) yang mula dipentaskan di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur malam tadi, berjaya menarik lebih 200 penonton.

Menampilkan Ain Sufia sebagai Dang Anum, Azizul Ammar sebagai Megat Seri Rama/Laksamana Bentan, Along Eyzendy sebagai Sultan Mahmud dan Adam Shahz sebagai Tun Beja Ali, pementasannya akan berakhir malam ini.

Teater Dang Anum adalah projek teater pertama The Redholah di bawah Geran Sokongan Sektor Kebudayaan (GSSK) di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta Kolej Seni Kreatif, Pengajian Seni Persembahan, Universiti Teknologi Mara (UiTM). – 5 November, 2023

Topics

 

Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Related