HEADLINES

Nama dipetik pergi ‘clubbing’ di Indonesia, Fazura tak faham kenapa masih ada yang ingin jatuhkannya

Fazura turut tertanya-tanya kenapa dia sering menjadi sasaran sedangkan dia tidak pernah menganggu kehidupan sesiapa pun

8:07 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Selebriti dan usahawan terkenal, Nur Fazura Sharifuddin menafikan dia ke kelab malam dan membuka tudung, sewaktu kunjungannya ke Indonesia seperti yang didakwa oleh netizen.

Nama Fazura menjadi sasaran netizen selepas ahli kelab peminat seorang selebriti terkenal memuat naik status di media sosial dan memberi bayangan seorang pelakon berhijab terkenal berhibur di kelab malam.

Menurut Fazura, sejujurnya dia enggan mengulas mengenai isu ini, namun harus bersuara kerana sudah penat diusik oleh peminat selebriti berkenaan.

“Sebenarnya saya tak mahu komen panjang tentang hal ini. Bertahun-tahun saya lalui perkara ini. Saya ingatkan dah habis. Rupanya tak habis lagi.

“Saya pun manusia biasa. Saya tak pernah sebelum ini mengatakan saya yang terpaling solehah, saya mengaji setiap hari atau solat setiap hari. Setiap hari saya mencuba untuk jadi lebih baik dan kekal istiqamah.

“Tidak dinafikan saya memang pakai hoodie serta topi dan saya sering kongsikan di media sosial.

“Tetapi untuk mengatakan saya berhibur di kelab malam, itu satu tuduhan yang sangat besar,” katanya ketika ditemui di majlis Ngopi bersama Fazura.

‘Saya tak pernah kacau orang. Saya fokus pada kerja, kehidupan, suami, dan keluarga. Tetapi tak faham kenapa masih ada yang ingin provokasi’ – Helmi Anuar/Scoop, 5 November, 2023

Pelakon filem Pisau Cukur ini juga menafikan dia suka berhibur dan menari untuk meredakan tekanan kerja.

“Kadang-kadang saya pergi karaoke dan makan bersama rakan-rakan. Banyak juga restoran sekarang yang gelap dan pasang muzik.

“Tetapi walaupun kita berhibur, kita tetap ingat Allah. Tak semestinya berhibur sampai lupa diri. Saya tahu batas saya,” jelasnya.

Fazura turut tertanya-tanya kenapa dia sering menjadi sasaran sedangkan dia tidak pernah menganggu kehidupan sesiapa pun.

“Saya tak pernah kacau orang. Saya fokus pada kerja, kehidupan, suami, dan keluarga. Tetapi tak faham kenapa masih ada yang ingin provokasi.

“Saya tak pernah rancang untuk jatuhkan orang lain demi untuk menaikkan diri sendiri,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Fazura kembali berlakon selepas enam tahun. Dia bakal muncul dalam drama bersiri terbitan Erma Fatima berjudul Lelaki Itu yang akan disiarkan di slot Akasia TV3 pada Ramadan tahun hadapan. – 5 November, 2023

Topics

 

Popular

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

ASNB announces RM2.18 bil dividend payout

ASB 2 declares distribution of 5.50 sen per unit to 614,309 unitholders while ASM declares five sen per unit to 740,513 unitholders

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related