HEADLINES

Bayi ditinggalkan di depan masjid bersama nota minta maaf

Bayi berkenaan ditemukan oleh imam masjid berkenaan dan menurut nota yang ditinggalkan, bayi yang cukup sifat itu dilahirkan pada 31 Oktober lepas

3:48 PM MYT

 

KOTA KINABALU – Seorang bayi perempuan berusia hampir seminggu ditinggalkan di dalam kotak bersama nota di hadapan Masjid Taman Seri Gaya, Jalan Maktab Gaya, Luyang di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Mohd Zaidi Abdullah berkata bayi berkenaan ditemukan oleh imam masjid berkenaan dan menurut nota yang ditinggalkan, bayi yang cukup sifat itu dilahirkan pada 31 Oktober lepas.

“Berdasarkan nota yang diletakkan bersama bayi itu, individu yang meninggalkan bayi berkenaan memohon maaf kerana tidak dapat menjaga bayinya atas faktor ketidakmampuan serta meminta supaya bayi itu dihantar ke rumah anak yatim,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Zaidi berkata polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata polis menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu supaya menghubungi balai polis berdekatan atau pegawai penyiasat kes Insp Hatikah Ahmad menerusi talian 016-337246. – 6 November, 2023

Topics

 

Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related