HEADLINES

8 barang disenarai di bawah SHMMP Deepavali

Skim Harga Maksimum Musim Perayaan ini akan berjalan selama tiga hari sebelum perayaan, semasa perayaan dan tiga hari selepas perayaan

3:52 PM MYT

 

KAJANG – Lapan barangan termasuk bawang merah besar import dan kacang dal Australia disenaraikan di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali 2023, berkuat kuasa tujuh hari bermula 9 hingga 15 November ini.

Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata barangan lain ialah bawang merah kecil (India) tidak termasuk ros, cili merah, daging kambing biri-biri bertulang import, kelapa biji (harga maksimum pada peringkat borong sahaja), kelapa parut (harga maksimum pada peringkat runcit sahaja) dan tomato.

“SHMMP ini akan berjalan selama tiga hari sebelum perayaan, semasa perayaan dan tiga hari selepas perayaan… dikuatkuasakan melalui Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011,” katanya dalam sidang media pengumuman SHMMP Deepavali 2023 di sini hari ini.

Armizan berkata semakan harga boleh dibuat menerusi laman web Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara (KPDN) di https://www.kpdn.gov.my

“Sebarang kes mengenai harga barangan juga kita minta orang ramai agar melaporkan secara terus kepada mana-mana platform kementerian bagi memastikan aduan itu dapat disiasat dengan segera,” katanya.

Deepavali atau pesta cahaya akan disambut oleh penganut agama Hindu di seluruh negara Ahad ini. – 6 November, 2023

Topics

 

Hangat

[TONTON] Urus zakat secara audit bebas, profesional atasi ‘loopholes’: MCW

Jais Abdul Karim menegaskan kutipan zakat dan derma awam perlu diaudit secara profesional, dengan garis panduan jelas agar dana tidak disalahguna sambil mengingatkan, amil berhak menerima bahagian secukupnya — bukan bermewah — kerana ini ibadah, bukan perniagaan

Insiden FSO Sepat: Petronas sahkan tiga pekerja kontraktor maut, seorang parah bot jatuh dari pelantar

Proses bedah siasat terhadap tiga pekerja kontraktor yang maut akan dijalankan pada jam 8.30 pagi ini, manakala mangsa yang cedera parah masih menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ)

Five more suspects arrested in RM4.6 mil Genting casino chip heist

Police have tracked down five local men, including the mastermind of the RM4.6 million casino chips heist at Genting Highlands on October 28, believed to be the largest chips robbery in the highland resort’s history.

Related