HEADLINES

Israel dakwa aktivis terkenal Palestin, Ahed Tamimi ditahan kerana ‘menghasut keganasan’

Ahed ditahan dalam serbuan dilancarkan tentera Israel di Tebing Barat

4:57 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Aktivis terkenal Palestin, Ahed Tamimi ditahan dalam serbuan dilancarkan tentera Israel di Tebing Barat atas dakwaan ‘menghasut keganasan’.

Jurucakap tentera Israel memberitahu agensi berita AFP bahawa Ahed diserahkan kepada pasukan keselamatan Israel untuk disoal siasat.

Ahed mula dikenali pada 2012 kerana berhadapan dan menentang seorang tentera Israel untuk mempertahankan abangnya.

Dia sebelum ini ditahan pada 2017 selepas video menampar dan menyepak dua tentera Israel di luar rumahnya di kampung Nabi Saleh menjadi viral.

Ahed kemudiannya menjadi ikon perjuangan Palestin dan potret besarnya dilukis di dinding pemisah Israel dengan Tebing Barat di Bethlehem dekat Baitulmaqdis.

Sejak bermulanya konflik Israel-Palestin susulan serangan Hamas pada 7 Oktober lalu ke atas Israel, tentera rejim Zionis menahan rakyat Palestin yang disyaki ada kaitan dengan kumpulan pejuang itu atau ‘menghasut keganasan.’

Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, dianggarkan lebih 150 penduduk di Tebing Barat terkorban dengan kebanyakannya dibunuh oleh tentera Israel atau pasukan penjajah Israel. – 6 November, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

Related