HEADLINES

KPM, KPT diminta pertingkat mutu subjek, ‘sekolah, tandas dah elok, prestasi masih macam dulu’: PM

Bermula Januari depan, beliau meminta guru besar, pengetua dan guru menumpukan perkara itu, selepas kemudahan prasarana siap ditambah baik tahun ini

1:49 PM MYT

 

BANGI – Mulai Januari depan, Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) diminta menumpukan usaha bagi mempertingkat mutu matapelajaran di institusi masing-masing.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, usaha terbabit perlu ditumpukan guru besar, pengetua dan guru selepas kemudahan mempertingkat prasarana asas seperti bangunan serta tandas daif siap dilaksana tahun ini.

“Mulai Januari 2024, selain keperluan asas, tumpuan kita (kerajaan) ialah meningkat serta mengangkat mutu pendidikan dan perkara ini, saya maklum kepada Menteri Pendidkan, Fadhlina Sidek dan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin.

“Sekolah dah elok, tandas (sudah) siap, kemudahan asas cukup, tunggu apa lagi, tapi prestasi masih sama mcm dulu, itu tak boleh diterima,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyerahan dan perasmian Projek Rintis Bangunan Daif di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Anwar berkata, perbahasan di peringkat kementerian tidak perlu menumpukan perkara lain, sebaliknya memberi tumpuan sepenuhnya untuk pelajar memperbaiki penguasaan dalam semua mata pelajaran, termasuk bahasa, matematik, sains, komputer dan agama.

“Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) saya minta bincang bagaimana nak galak ibu bapa beri perhatian lebih setiap malam, bagaimanana untuk beri tumpuan (kepada anak-anak) setengah jam atau satu jam ulang kaji.

“Negara tidak boleh terangkat kalau mutu pendidikan kita tidak boleh maju. Saya harap dengan politik kita yang stabil dan Kerajaan Perpaduan tambah kuat, kita nak tumpu pembangunan dari segi selain ekonomi, tapi juga untuk sekolah,” katanya.

Pada masa sama, beliau mahu laporan dan cadangan bagi mempertingkat mutu pendidikan itu disediakan Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi.

“Mesyuarat pertama selain kemasukan pelajar, ialah membincangkan apakah langkah baharu perlu dilakukan untuk memastikan anak-anak kita lebih baik prestasi pelajarannya. 

“Guru-guru boleh kemuka cadangan, fikir dari sekarang, minggu pertama Januari mesyuarat, minggu kedua laporan itu perlu sampai kepada menteri dan ketua pengarah pendidikan,” katanya.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, beliau akan meminta KPM dan KPT memberikan satu salinan laporan itu kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN) serta Pejabat Perdana Menteri.

“Saya (sudah) tanya prestasi sekolah ini kepada Jabatan Pendidikan, (prestasinya) alhamdulillah kerana itu kita bagi tugas tambahan ini.

“Saya tidak mahu cadangan kementerian, saya mahu cadangan Sekolah Bandar Baru Bangi ini, diteliti kementerian, sebelum bawa kepada saya dan Jemaah Menteri bagaimana langkah baharu untuk tingkat mutu pendidikan,” katanya. – 7 November, 2023

Topics

 

Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Malaysia pulls the plug on Kuwaiti Hornet deal after years of turbulence

RMAF walks away from costly, outdated aircraft amid rising concerns over integration, support, and long-term value

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related