HEADLINES

Apec 2023: Malaysia akan suarakan isu Palestin sebaik mungkin

Perdana Menteri berkata, bagaimanapun perkara itu akan dibincangkan dengan beberapa negara rakan terlebih dahulu

3:14 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Malaysia akan melaksanakan tanggungjawab sebaik mungkin dalam menyuarakan pandangan berhubung krisis Palestin-Israel pada sidang Minggu Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) di San Francisco, California, Amerika Syarikat (AS) minggu depan.

Bagaimanapun Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu akan dibincangkan dengan beberapa negara rakan terlebih dahulu.

“Kita akan bincangkan dengan beberapa teman (negara rakan) dan akan kita jalankan tanggungjawab sebaik mungkin,” katanya ringkas kepada pemberita selepas merasmikan Kongres dan Pameran Minyak Sawit Antarabangsa MPOB 2023 (PIPOC 2023) di sini, hari ini. 

Anwar berkata, demikian semasa menjawab pertanyaan media sama ada beliau akan menggunakan pentas Apec 2023 untuk menyuarakan isu kekejaman Israel terhadap penduduk Palestin.

Semalam, Anwar mengesahkan beliau akan menghadiri Apec 2023 biarpun terdapat desakan supaya beliau tidak menghadiri persidangan terbabit.

Perdana Menteri menegaskan beliau perlu menjaga hubungan diplomatik, keamanan dan ekonomi namun pada masa sama, Malaysia kekal tidak berganjak dari sudut mempertahankan keadilan dan menyokong perjuangan hak rakyat Palestin.

Apec adalah forum ekonomi serantau yang ditubuhkan pada 1989 untuk memanfaatkan saling kebergantungan yang semakin meningkat di Asia-Pasifik, yang akan bersidang di San Francisco bermula 11 hingga 17 Nov ini.

Terdahulu Anwar merasmikan PIPOC 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) sejak semalam hingga esok, yang menghimpunkan lebih 100 penceramah serta sekitar 2,000 peserta dari seluruh dunia.

PIPOC 2023 menjadi platform perkongsian pandangan, trend ekonomi dan pertukaran teknologi terkini dalam industri sawit selain mengetengahkan lebih 400 pempamer daripada pemain industri itu. – 8 November, 2023

Topics

 

Hangat

Early Melaka, Johor polls could redefine BN-PH ties ahead of GE16: analysts

Barisan Nasional’s desire to contest the state elections without Pakatan Harapan would be a litmus test for its true strength, bargaining power, and future alliance strategy

Sarawak to establish own space agency, eyes first nanosatellite by 2030

Premier Tan Sri Abang Johari outlines plans for local aerospace development and phased expansion of AirBorneo to enhance connectivity

Pos Malaysia trials autonomous vehicles to modernise operations: Fahmi

The initiative aims to enhance efficiency, with no job losses expected as part of the modernisation drive

Related