HEADLINES

Taylor Swift, Travis Kelce ada cara jaga hubungan jarak jauh

Walaupun masing-masing sangat sibuk dengan kerjaya, kedua-duanya bijak menyusun temu janji untuk memastikan hubungan mereka sentiasa dekat

2:56 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Hubungan cinta ikon pop, Taylor Swift, 33 dan bintang NFL, Travis Kelce, 34, bukan asing kepada peminat mereka, malah nampaknya semakin serius.

Apa tidaknya, pasangan itu dilapor membuat perancangan temu janji terperinci untuk memastikan mereka terus kekal rapat dan dekat, di saat Taylor sibuk menjayakan konsert jelajah keenamnya, The Eras Tour.

“Travis dan Taylor adalah pasangan sangat serius, mereka banyak menghabiskan banyak masa bersama dan membina hubungan kuat.

“Mereka mempunyai rancangan sangat terperinci mengenai cara bagaimana untuk kekal bersama semasa Taylor menjayakan konsert jelajah dan Travis pula, sibuk dengan acara kejohanannya,” kata sumber kepada Us Weekly.

Taylor kini berada di Argentina, di mana dia sedang menjayakan konsert persembahan dari 9 hingga 11 November, manakala Travis yang juga ketua pasukan Kansas City Chiefs dilaporkan menyertainya di sana untuk memberi sokongan.

Sumber lain mengesahkan bahawa Travis akan berada di sana pada hujung minggu ini, namun dalam tempoh singkat kerana dia perlu kembali ke Kansas City untuk tugasan NFL pada Ahad.

“Dia perlu kembali Ahad untuk latihan pada Isnin,” jelas sumber itu.

Saat ditanya tentang hubungannya dengan Taylor, pemain American Football yang bertubuh sasa itu bagaimanapun enggan mengulasnya.

“Saya akan menjaga hubungan peribadi saya secara tertutup,” katanya.

Laporan berita People pada 27 Oktober lalu menyatakan, pasangan itu sangat menyukai antara satu sama lain.

“Disebabkan itu, hubungan mereka cepat serius. Mereka berkongsi etika kerja yang kuat dan sangat menghargai kehidupan, kerjaya, ikatan keluarga serta nilai kukuh.

“Taylor menyukai Travis kerana dia sangat baik serta mempunyai karakter cukup menyenangkan,” kata sumber itu. – 10 November, 2023

Topics

 

Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

Related