HEADLINES

Bajet Selangor: Program bantuan sekolah diteruskan tahun depan menerusi dana RM26.5 juta

Peruntukan menerusi program diperkenalkan sejak 2009 itu disalurkan untuk keperluan sekolah, termasuk membaik pulih kemudahan yang terkesan bencana

5:54 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Berita baik untuk ibu bapa apabila kerajaan negeri meneruskan Program Bantuan Sekolah Selangor pada 2024 dengan peruntukan sebanyak RM26.5 juta.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, sebanyak RM1.5 juta daripada peruntukkan itu disalurkan untuk Tabung Khas Pemulihan Bencana Infrastruktur Sekolah Negeri Selangor, khusus bagi membaik pulih kemudahan sekolah yang terkesan bencana, seperti banjir.

“Kerajaan Selangor berbesar hati sekiranya cadangan ini dapat diangkat Kementerian Pendidikan (KPM) menerusi kejayaan Projek Penyelenggaraan Tandas Sekolah, boleh dipertimbang untuk dikembangkan melalui Tabung Khas Pemulihan Bencana Infrastruktur Sekolah Negeri Selangor secara konsep geran padanan dengan kerajaan negeri.

“Langkah ini diharap boleh menjadi inisiatif rentas negeri dan kementerian bagi memastikan persekitaran institusi sekolah kembali pulih segera, sekiranya terkesan bencana,” katanya.

Beliau berkata demikian pada pengumuman Bajet Selangor 2024 bertemakan Selangor Mandiri: Memacu Kemajuan, Memicu Perpaduan di Dewan Negeri di sini, hari ini.

Amirudin memaklumkan, sebanyak 988 sekolah di Selangor menerima manfaat pada tahun ini, menerusi program berkenaan.

Malah, sejak diperkenalkan pada 2009, usaha itu menerima sambutan sangat tinggi daripada sekolah di Selangor.

“Pada tahun ini sebagai contohnya sebanyak 988 sekolah sudah diberikan bantuan,” katanya. – 10 November, 2023

Topics

 

Hangat

Spotify hikes Premium subscription fees by RM1 to RM3 in Malaysia

Subscribers will face higher monthly payments across all Premium plans, effective from September

Government to roll out targeted RON95 subsidy using IC-based verification

Tech-driven mechanism aims to curb misuse and ensure only deserving Malaysians benefit from subsidised fuel

Maxim licence termination: company in talks with authorities on resolution

Russian-based e-hailing platform defends its compliance measures, saying that drivers undergo inspection to ensure they meet Apad and Transport Ministry requirements

Related