HEADLINES

Bajet Selangor: Pengecualian duti hiburan pertunjukan pentas bertiket bagi artis tempatan diteruskan

Pengurangan kadar duti hiburan daripada 25 peratus kepada 10 peratus turut diberikan untuk pertunjukan pentas bertiket bagi artis antarabangsa

7:11 PM MYT

 

SHAH ALAM – Kerajaan negeri akan meneruskan usaha pengecualian duti hiburan bagi membantu artis tempatan dan merancakkan industri pelancongan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, inisiatif itu selaras dengan pembentangan Bajet 2024 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengiktiraf langkah pengecualian duti hiburan di negeri berkenaan.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan negeri akan meneruskan dasar duti hiburan bagi 2024 melalui beberapa kategori.

“Pertama, pengecualian penuh duti hiburan bagi aktiviti pertunjukan pentas bertiket bagi artis tempatan yang dilaksanakan bermula 2022 akan diteruskan pada 2024.

“Kedua, meneruskan pengurangan kadar duti hiburan daripada 25 peratus kepada 10 peratus bagi aktiviti pertunjukan pentas bertiket bagi artis antarabangsa,” katanya ketika membentangkan Bajet Selangor 2024 bertema Selangor Mandiri:Memacu Kemajuan, Memicu Perpaduan di Dewan Negeri Selangor di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kerajaan turut bersetuju menetapkan kadar duti hiburan lapan peratus bagi aktiviti pertunjukan pentas bertiket melibatkan campuran artis antarabangsa dan tempatan.

Katanya, aktiviti muzik live dan ‘live band’ yang tidak bertiket akan dikecualikan secara penuh daripada duti hiburan.

“Buat masa ini, kerajaan negeri tidak mengenakan duti hiburan bagi aktiviti busking tidak bertiket.

“Ia bagi memberi peluang serta menggalakkan penggiat seni untuk terus mencungkil bakat dan potensi kreatif dalam industri ini,” katanya. – 10 November, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Related