HEADLINES

Bajet Selangor: Tubuh Suruhanjaya Perkhidmatan PBT keputusan terbaik, mampu atasi isu lantikan kontrak

Banyak kakitangan PBT di Selangor lantikan kontrak dan tidak berjawatan tetap, lalu menjadi punca kebimbangan hingga melemahkan semangat mereka untuk mencapai prestasi terbaik

9:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang bakal ditubuhkan kerajaan Selangor tahun hadapan berupaya meningkatkan kualiti tadbir urus kerajaan negeri dan perkhidmatan kepada rakyat.

Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Derek Fernandez berkata, dengan adanya suruhanjaya itu, pertukaran jawatan antara PBT boleh dilaksanakan.

“Ini boleh menambahkan kecekapan serta pengetahuan dan pengalaman yang pelbagai bagi mempertingkatkan kebolehan kakitangan PBT.

“Antara masalah PBT di Selangor, banyak kakitangan lantikan kontrak serta tidak ada berjawatan tetap dan mungkin suruhanjaya ini boleh digunakan untuk mengatasi masalah ini. Ini kerana masalah ini menjadi punca kebimbangan kakitangan kerajaan tempatan hingga melemahkan semangat mereka untuk mencapai prestasi terbaik,” katanya kepada Scoop.

Derek Fernandez berkata, Suruhanjaya Perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan membolehkan pertukaran jawatan antara PBT dilaksanakan bagi menambah kecekapan dan pengalaman kakitangan. – Gambar portal Kerajaan Negeri Selangor, 11 November, 2023

Dalam pembentangan Bajet Selangor 2024 semalam, Menteri Besarnya, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, Suruhanjaya Perkhidmatan PBT bakal ditubuhkan tahun hadapan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan termasuk tempoh respons terhadap aduan rakyat dalam tempoh 24 jam.

Beliau berkata, suruhanjaya itu yang dijangka dibentuk pada suku ketiga 2024 itu akan dibahaskan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) kali ini.

Katanya, suruhanjaya itu juga ditubuhkan bagi mewujudkan bandar berdaya huni dan mampan di setiap PBT sekali gus menjadikan Selangor sebagai negeri paling bersih.

Mengulas lanjut, Derek berkata, Menteri Besar dan kerajaan Selangor membuat keputusan terbaik demi kepentingan dan masa depan pengurusan pentadbiran kerajaan tempatan negeri itu.

Tambah beliau, jangkaan penubuhan suruhanjaya itu pada suku ketiga tahun depan adalah tempoh sesuai berikutan banyak perkara perlu diteliti dan dinilai.

“Ini juga akan melibatkan kos kewangan bagi kerajaan negeri, selain mengambil kira sama ada suruhanjaya itu nanti akan dilaksanakan secara fasa bagi PBT di Selangor,” katanya.

Sementara itu, Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Selangor, Ng Suee Lim berkata, satu jawatankuasa khas perunding akan ditubuhkan Januari depan bagi meneliti cadangan memperkasakan perkhidmatan PBT.

Ng Suee Lim berkata, PBT paling dekat dengan rakyat. Jika perkhidmatan yang diberikan bagus, ia secara langsung meningkatkan imej kerajaan negeri dan rakyat akan berpuas hati. – Gambar portal Majlis Perbandaran Ampang Jaya, 11 November, 2023

“Saya akan tubuhkan jawatankuasa khas perunding dahulu pada Januari nanti, yang mana kita akan libatkan juga mantan Datuk Bandar, mantan perancang PBT, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), wakil Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, arkitek serta wakil persatuan perumahan.

“Ia supaya kita dapat merangka cadangan dan meneliti pandangan untuk memperkasakan perkhidmatan PBT, kerana PBT paling dekat dengan rakyat. Kalau kita dapat beri perkhidmatan terbaik… tingkat perkhidmatan, ia secara langsung meningkatkan imej kerajaan negeri dan rakyat akan berpuas hati,” katanya.

Beliau yang juga Adun Sekinchan berkata, segala perkhidmatan yang dapat ditingkatkan dan diperkasakan PBT akan memberi nilai tambah kepada kerajaan Selangor.

“Jadi saya sambut baik penubuhan suruhanjaya ini. Inilah masanya dan Selangor berada di hadapan.

“Kita dah ada tiga PBT bertaraf bandaraya. (Jadi) Lepas ini tambah lagi satu, iaitu Majlis Bandaraya Diraja Klang,” katanya. – 11 November, 2023

Topics

 

Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

Related