HEADLINES

Bajet Selangor: Beri tumpuan pada pendidikan industri untuk sedia tenaga kerja masa depan

PAGE harap kerajaan negeri lain akan ikut jejak Selangor sediakan peruntukan besar untuk pendidikan

10:39 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Selangor perlu memberikan tumpuan kepada pendidikan dalam industri bagi membolehkan pelajar mendalami bidang tersebut sekali gus menyumbang kepada ekonomi negeri.

Pengerusi Persatuan Kumpulan Ibu Bapa Bertindak Untuk Pendidikan (PAGE), Datin Noor Azimah Abdul Rahim berkata, sesuai dengan gelaran negeri industri, Selangor perlu menggunakan kelebihan berkenaan untuk mempraktikkan pendidikan industri kepada pelajar.

Ketika berkongsi pandangan mengenai peruntukan sebanyak RM26.5 juta yang diperuntukkan oleh kerajaan Selangor dalam bajet negeri semalam, Azimah turut menyambut baik jumlah yang disalurkan di bawah Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor.

“Saya berharap agar negeri-negeri lain akan mengikut jejak Langkah Selangor yang mengutamakan pendidikan.

“Semoga negeri-negeri lain selepas ini dapat mengikut jejak langkah Selangor yang mengutamakan bidang pendidikan dengan meletakkan peruntukan besar bagi bajet tahunan negeri,’’ katanya kepada Scoop.

Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan peruntukan sebanyak RM26.5 juta untuk Program Bantuan Sekolah. – Azim Rahman/Scoop, 11 November, 2023

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, ketika membentangkan Bajet Selangor 2024 semalam berkata, Program Bantuan Sekolah berkenaan adalah bagi membaik pulih infrastruktur sekolah dan membantu menyediakan persekitaran yang kondusif di negeri itu.

Amirudin berkata, peruntukan RM26.5 juta itu turut merangkumi RM1.5 juta bagi Tabung Khas Pemulihan Bencana Infrastruktur Sekolah.

Selain itu, sebanyak RM3 juta juga disediakan di bawah skim Hadiah Pengajian IPT yang dikhaskan untuk anak Selangor dengan syarat pendapatan keluarga adalah RM5,000 sebulan dan ke bawah.

Sementara itu, Pensyarah Universiti Teknologi Mara Profesor Datuk Ismail Sualman pula menyifatkan pemberian hadiah wang RM1,000 kepada anak Selangor yang berjaya melanjutkan pengajian ke mana-mana institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang diiktiraf kerajaan, adalah satu inisiatif yang baik demi menggalakkan golongan muda terus menimba ilmu.

“Ini merupakan satu rangsangan yang bagus kepada para pelajar supaya mereka yang mungkin mengalami masalah kekangan kewangan dapat terus melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi.

“Cuma saya sarankan kalau boleh kerajaan negeri memberikan terus wang kepada pelajar sebelum mereka mendaftar diri.

“Ini bagi memudahkan urusan mereka lebih-lebih lagi kepada keluarga yang kurang berkemampuan dan juga pelajar yang melanjutkan pengajian di Sabah atau Sarawak, jauh dari Selangor yang mungkin memerlukan bantuan dalam kadar segera,” katanya. – 11 November, 2023

Topics

 

Hangat

White flags to whitewashing KL: stop harmful myths against homelessness – Maya Zaharudin

From labelling the unlucky as lazy to blaming NGOs, rakyat must stop pointing fingers and rally for better policy and collective action

PAS urges calm amid rising religious tensions in Malaysia

PAS secretary-general Takiyuddin Hassan calls for wisdom, restraint and responsible discourse following disputes involving Hindu organisations and Muslim individuals

Police to wrap up sedition probe into Tony Pua in a week

Investigations into former lawmaker Tony Pua for sedition will take about a week more, Inspector-General of Police Tan Sri Razarudin Husain said today.

Related