HEADLINES

Konsert jelajah GreatGuys dibatalkan selepas dihalang masuk ke Amerika Syarikat gara-gara isu visa

Isu tercetus kerana syarikat pengurusan acara, ONK Entertainment gagal memproses dan mendapatkan visa yang betul untuk GreatGuys membuat persembahan di sana

10:21 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Gara-gara berhadapan dengan isu visa, kumpulan kpop, GreatGuys terpaksa membatalkan konsert jelajah mereka di Amerika Syarikat (AS) pada saat-saat akhir.

Kumpulan yang mempunyai lapan anggota dan terkenal dengan lagu Luv Luv Luv ini dilaporkan telah pun terbang ke AS untuk menjayakan konsert di Denver, yang dijadualkan hari ini.

Namun, disebabkan isu tersebut, mereka telah diarah berpatah balik ke Korea Selatan.

Isu visa ini tercetus kerana syarikat pengurusan acara iaitu ONK Entertainment yang berpengkalan di AS gagal memproses dan mendapatkan visa yang betul untuk GreatGuys.

Susulan pembatalan konsert berkenaan, ONK dalam kenyataannya memaklumkan ia akan bertanggungjawab sepenuhnya di atas insiden terbabit.

“Kami ingin memaklumkan bahawa Konsert Jelajah Dunia GreatGuys ‘Records of Youth’ yang dijadualkan berlangsung dari 12 November hingga 19 November tahun ini akan dibatalkan.

“ONK Entertainment tidak memproses dan mendapatkan visa yang sesuai untuk anggota dan kakitangan, dan atas sebab itu, mereka tidak dapat memasuki wilayah Amerika Syarikat,” kata kenyataan terbabit.

ONK juga menekankan bahawa GreatGuys mahu pun agensi mereka, DNA Entertainment tidak bertanggungjawab sama sekali di atas kesilapan yang menyebabkan pembatalan konsert jelajah tersebut.

“Kami ingin menjelaskan bahawa ini adalah tanggungjawab kami sepenuhnya. DNA Entertainment, GreatGuys, atau K-Pop Kastle tidak ada kaitan dalam perkara ini dan kami akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Amerika Syarikat untuk menyelesaikan masalah ini,” jelas mereka.

ONK Entertainment turut berjanji akan berusaha untuk membuat pembayaran penuh kepada Grace (gelaran untuk fanbase GreatGuys) yang telah membeli tiket konsert.

“Kami menyesal untuk memaklumkan berita ini kepada kepada Grace kerana kami tahu mereka sangat teruja untuk melihat GreatGuys beraksi di negara mereka, tetapi pada masa ini, persembahan tidak dapat dilakukan.

“Kakitangan ONK sedang berusaha untuk mendapatkan bayaran balik penuh untuk semua pengikut Grace yang membeli tiket untuk konsert ini. Kami benar-benar kesal dengan semua berita mengejutkan ini,” jelas mereka lagi. – 12 November, 2023

Topics

 

Popular

[TONTON] Urus zakat secara audit bebas, profesional atasi ‘loopholes’: MCW

Jais Abdul Karim menegaskan kutipan zakat dan derma awam perlu diaudit secara profesional, dengan garis panduan jelas agar dana tidak disalahguna sambil mengingatkan, amil berhak menerima bahagian secukupnya — bukan bermewah — kerana ini ibadah, bukan perniagaan

Insiden FSO Sepat: Petronas sahkan tiga pekerja kontraktor maut, seorang parah bot jatuh dari pelantar

Proses bedah siasat terhadap tiga pekerja kontraktor yang maut akan dijalankan pada jam 8.30 pagi ini, manakala mangsa yang cedera parah masih menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ)

Five more suspects arrested in RM4.6 mil Genting casino chip heist

Police have tracked down five local men, including the mastermind of the RM4.6 million casino chips heist at Genting Highlands on October 28, believed to be the largest chips robbery in the highland resort’s history.

Related