HEADLINES

Anwar luang masa kunjung restoran terkenal Malaysia di Makkah, D’Saji 

Perdana menteri beramah mesra dengan jemaah dan pelajar Malaysia di situ

10:54 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menunaikan ibadah umrah di tanah suci Makkah, berkesempatan minum di restoran Felda, D’Saji, di Makkah.

Perdana menteri sempat bertemu dan beramah mesra dengan jemaah dan pelajar Malaysia yang berada di situ.

“Saya juga ketemu dan beramah mesra bersama para jemaah dan pelajar Malaysia yang berada di sini. Turut mendoakan segala urusan mereka dipermudahkan, Insya-Allah,’’ demikian hantaran yang dimuat naik di Facebooknya hari ini.

Restoran D’Saji dibuka semula di Makkah pada Disember tahun lepas, selepas dua tahun tidak beroperasi susulan penularan pandemik Covid-19.

D’Saji yang dimiliki oleh Felda Middle East Sdn Bhd (Felme) itu terkenal kerana ia menyajikan menu makanan Malaysia di Makkah. 

Ia mula beroperasi di Makkah pada 2008 dan terletak di aras tiga Hotel Safwah Royale Orchid, iaitu berjarak kira-kira 50 meter dari Masjidil Haram.

Kedudukan yang strategik itu menjadikan D’Saji sebagai tumpuan terutama rakyat Malaysia yang menjalankan ibadah umrah.

Anwar menunaikan umrah bersama isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Beliau turut melaksanakan ibadah tersebut bersama delegasi Malaysia sebelum berangkat ke Amerika Syarikat bagi menyertai Minggu Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2023.

Beliau sebelum itu berada di Riyadh untuk menghadiri Sidang Kemuncak Tergempar OIC kali ke-8 bagi membincangkan serangan dan kekejaman berterusan Israel terhadap Palestin. – 13 November, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Related