◉ HEADLINES

Kita tidak pernah minta duit untuk keahlian kelab peminat: Hady Mirza

Difahamkan, scammer yang tidak bertanggungjawab itu mewujudkan akaun palsu @hady.mirza di TikTok dengan menggunakan videonya untuk menipu orang ramai

4:56 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penyanyi asal Singapura yang juga seorang daripada peserta All Stars Gegar Vaganza (ASGV) Musim 10, Hady Mirza turut tidak terlepas menjadi mangsa scammer.

Difahamkan, scammer tidak bertanggungjawab itu mewujudkan akaun palsu @hady.mirza di TikTok yang menggunakan videonya untuk menipu pengikut di media sosial berkenaan, terutama golongan warga emas.

Justeru, Hady yang pernah berdepan situasi sama, mengingatkan semula pengikutnya supaya berhati-hati agar tidak menjadi mangsa tipu scammer.

Perkara itu dinyatakan Hady menerusi hantaran di Instagramnya, dengan berkongsi akaun palsu yang diwujudkan scammer tidak bertanggungjawab terbabit.

“Makcik, pakcik, atuk dan nenek yang disayangi. Sila hadamkan dan fahamkan maksud tanda biru original yang disahkan di Instagram serta Facebook.

“Dan, kita semua tidak pernah minta duit untuk keahlian kelab peminat dan sebagainya. Rasa penatlah cakap pasal perkara ini,” tulisnya.

Beberapa pengikutnya memaklumkan bahawa mereka pernah menerima notifikasi daripada akaun palsu itu yang meminta mengikut Hady di Instagram dan TikTok.

Tidak kurang juga yang menyarankan kepada anak supaya sentiasa memantau ibu bapa mereka atau mana-mana orang tua, selain menyebarkan kesedaran mengenai taktik dan tipu helah scammer yang semakin berleluasa. – 15 November, 2023

Topics

 

◉ Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

◉ Related