HEADLINES

IPCC dijangka berfungsi sepenuhnya awal tahun depan

Proses pemilihan, penilaian serta pelantikan ahli suruhanjaya berkenaan bagi jawatan pengerusi dan anggota sedang giat dijalankan

10:05 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat diberitahu hari ini bahawa Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) dijangka berfungsi sepenuhnya pada awal tahun depan. 

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata, proses pemilihan, penilaian serta pelantikan ahli suruhanjaya berkenaan bagi jawatan pengerusi dan anggota sedang giat dijalankan.

Menurutnya, setakat ini 94 aduan berkaitan Polis Diraja Malaysia (PDRM) diterima selaras dengan Seksyen 25 Akta IPCC.

“Prosedur operasi standard (SOP) (bagi meneliti aduan), ditentukan selepas pelantikan (ahli) suruhanjaya ini dimuktamadkan.

“Kita ambil maklum semua aduan, klasifikasikan dan teliti dengan baik bagi memberi keadilan kepada semua yang terbabit,” katanya.

Shamsul Anuar berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 (Belanjawan 2024) peringkat jawatankuasa, bagi Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada sidang Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Berhubung 24,000 alat bantuan teknik, termasuk kamera badan kepada PDRM dan pelbagai agensi di bawahnya, Shamsul Anuar berkata, perkara itu sudah dibawa ke Mesyuarat Penilaian Pembuktian Konsep pada 26 Oktober lalu.

Katanya, ia akan dimuktamadkan Lembaga Perolehan kementerian berkenaan pada akhir bulan ini.

“Kamera badan ini akan digunakan anggota PDRM yang bertugas di lapangan, terutama Unit Peronda Kereta Polis (MPV) dan Unit Rondaan Motosikal (URB) di 157 ibu pejabat polis daerah di seluruh negara,” katanya.

Ujarnya, sejumlah RM30 juta diperuntukkan bagi perolehan peralatan terbabit.

Rang undang-undang perbekalan 2024 bagi KDN, kemudian diluluskan dengan lebih suara bersetuju sebelum persidangan ditangguhkan sehingga Isnin depan. – 16 November, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Related