◉ HEADLINES

Pengeboman Pusat Fisioterapi Dr Siti Hasmah dan Enaya bukti Israel cakap tak serupa bikin

Dr Mahathir sedih melihat kemusnahan pusat kesihatan yang terletak di Khan Younis, selatan Gaza

6:57 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa tindakan tentera Israel mengebom Pusat Fisioterapi Dr Siti Hasmah dan Enaya di selatan Gaza, membuktikan rejim Zionis menyasarkan pembunuhan beramai-ramai orang awam.

Sedih melihat kemusnahan pusat kesihatan yang terletak di Khan Younis, mantan Perdana Menteri itu berkata, tindakan tersebut juga menunjukkan sikap sebenar Israel yang cakap tak serupa bikin.

Menurutnya, walaupun lokasi pusat fisioterapi itu tidak memberi ancaman kepada Israel, mereka tetap melakukan pengeboman di kawasan tersebut.

“Ia bukan lagi peperangan antara pasukan tentera, sebaliknya pembunuhan beramai-ramai yang menyasarkan orang awam untuk melenyapkan populasi rakyat Palestin dari Gaza.

“Pengeboman hospital dan kediaman, dan kini pusat fisioterapi, membuktikan bahawa Israel menyasarkan pusat-pusat tersebut secara sengaja dan dengan niat.

“Apa yang boleh kita lakukan ialah membantah dan berdoa agar rakyat Palestin dihindarkan daripada kekejaman Israel,” katanya menerusi ciapan di X.

Pada masa sama, beliau mengecam tindakan kejam tentera Israel itu kerana empat orang awam yang berlindung di pusat tersebut terkorban dalam serangan berkenaan.

“Lima keluarga yang berlindung di pusat itu selepas rumah mereka dibom, kehilangan empat ahli keluarga mereka dalam serangan berkenaan.

“Saya berkabung susulan insiden pengeboman, kemusnahan hospital dan pusat perlindungan lain di Gaza sebelum ini,” katanya.

Mengulas mengenai pusat fisioterapi itu, Dr Mahathir berkata, ia amat dekat dihatinya kerana Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF) yang turut dianggotainya terlibat dalam pembinaannya sejak awal.

“PGPF bersama Humanitarian Care Malaysia, Muslim Care Malaysia, Media Prima Humanitarian Fund dan Persatuan Amal untuk Bantuan Palestin membantu membinanya dan ia beroperasi sejak 2019,” katanya. – 17 November, 2023

Topics

 

◉ Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Thai oil giant pulls plug on Lang Lebah as Petronas-Petros feud looms large

Once dubbed Malaysia’s ‘project of the year’, Sarawak offshore project now faces an uncertain future amid budget blowouts and state-federal oil disputes with US$1 billion cost overrun

Mutiara LRT project kicks off as Penang’s six-year construction timeline begins

SRS Consortium receives notice to proceed with first civil works; RM13 billion project slated for completion by 2031

◉ Related