HEADLINES

3 daerah di Terengganu dilanda banjir, 7 PPS sudah dibuka

Beberapa kawasan dinaiki air termasuk di sekitar kawasan Kuala Ibai, Kampung Padang Gong Pak Maseh, Cendering di Kuala Terengganu

5:48 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Hujan lebat sejak kelmarin telah mengakibatkan tiga daerah di Terengganu iaitu Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Setiu dilanda banjir.

Menurut kenyataan Jabatan Penerangan Terengganu, sehingga 4 petang tadi, seramai 325 mangsa banjir telah ditempatkan di tujuh Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di tiga daerah terbabit.

Jelasnya, beberapa kawasan dinaiki air termasuk di sekitar kawasan Kuala Ibai, Kampung Padang Gong Pak Maseh, Cendering di Kuala Terengganu dan turut menenggelamkan beberapa jalan raya di bandaraya Kuala Terengganu sedalam antara 0.5 meter dan 0.9 meter.

“Hujan yang berterusan itu telah mengakibatkan kawasan perumahan di Taman Permai Murni di Kuala Nerus dinaiki air pada jam 4 pagi tadi.

“Penduduknya terpaksa dipindahkan oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Serbaguna Tok Jembal,’’ katanya.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat buruk sehingga Rabu ini melibatkan kawasan seperti Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh di Kelantan; Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang di Terengganu serta Jerantut dan Kuantan di Pahang.

“Amaran Hujan Berterusan peringkat waspada pula berkuat kuasa sehingga 22 November 2023 melibatkan kawasan-kawasan Jeli, Kuala Krai, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman serta Kuantan,’’ kata MetMalaysia. – 20 November, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related