HEADLINES

Makan malam berdua, hubungan Mimi Lana dan Syafiq Kyle kembali pulih?

Kedua-dua pelakon popular itu dilihat menjamu selera di sebuah kedai makan Thailand di Setapak, Kuala Lumpur

3:39 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Selepas mengumumkan tidak jadi melangsungkan perkahwinan pada Ogos lalu dan hubungan mereka kelihatan ‘dingin’, pasangan selebriti popular, Syafiq Kyle dan Mimi Lana dilihat keluar makan malam berdua, beberapa hari lalu sehingga mendapat perhatian netizen.

Menerusi video memaparkan pertemuan mereka itu yang kini tular di media sosial, Syafiq dan Mimi menjamu selera di sebuah kedai makan dipercayai di Setapak, Kuala Lumpur dan masing-masing kelihatan mesra.

@aroimakmak_ahanthai

Artis yg paling humble dan sporting makan kat gerai. Favs both of them miang pla. #mimilana #syafiqkyle #aroimakmak #thailand #setapak #meecelup

♬ original sound – umai – umai

Sebelum itu, Syafiq dan Mimi dilihat menghadiri tayangan perdana filem War on Terror KL Anarki.

Melihatkan hubungan mereka berdua kembali akrab, ramai netizen mendoakan agar cinta Syafiq dan Mimi kembali bertaut dan seterusnya naik pelamin secepat mungkin.

Terdahulu, Mimi mendedahkan majlis perkahwinannya bersama Syafiq yang dijadual berlangsung pada 18 Ogos lalu dibatalkan seminggu sebelum menjelang tarikh berkenaan.

Alasan diberikan Mimi adalah dia terikat dengan jadual penggambaran.

Mimi kemudian membawa diri ke London pada minggu dia sepatutnya berkahwin dengan Syafiq. – 21 November 2023

Topics

 

Popular

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Govt has settled RM42bil of 1MDB debt, total obligations exceed RM50bil: Anwar

Anwar reveals over RM9 billion in remaining debt, with government funds covering the shortfall

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

Related