HEADLINES

Isu gangguan seksual: Ketua Pengarah Maritim sedia beri kerjasama kepada polis

Justeru, APMM meminta kerjasama orang ramai untuk menghentikan sebarang tindakan menyebarkan laporan polis berkenaan, selain tidak membuat spekulasi atau tohmahan yang boleh menjejaskan proses keadilan

7:11 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Datuk Hamid Mohd Amin sedia memberikan kerjasama kepada pihak polis berhubung siasatan kes gangguan seksual terhadap seorang wanita yang didakwa mengaitkan dirinya.

Unit Komunikasi Korporat APMM menerusi kenyataan berkata, bagaimanapun isu terbabit disifatkan peribadi yang boleh mencemarkan reputasi dan maruah Hamid, malah menjejaskan imej agensi itu sebagai badan penguatkuasaan.

Justeru, APMM meminta kerjasama orang ramai untuk menghentikan sebarang tindakan menyebarkan laporan polis berkenaan, selain tidak membuat spekulasi atau tohmahan yang boleh menjejaskan proses keadilan bagi semua pihak terbabit.

“Berikutan kejadian tular satu laporan polis dibuat seorang wanita yang mengaitkan nama Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Unit Komunikasi Korporat APMM memaklumkan bahawa isu terbabit yang turut mengaitkan nama keluarga beliau adalah bersifat peribadi.

“Isu terbabit juga mempunyai motif tertentu yang boleh mencemarkan reputasi dan maruah beliau serta keluarga, di samping berisiko menjejaskan imej APMM.

“Ketua Pengarah akan memberi kerjasama dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis bagi menjalankan siasatan,” katanya.

Terdahulu, seorang konsultan kewangan dipercayai membuat laporan polis di Shah Alam, Selangor atas dakwaan dia diganggu secara seksual seorang individu berpangkat tinggi dalam sebuah agensi kerajaan.

Malah, wanita itu mendakwa individu terbabit turut menghantar mesej dan video lucah.

Wanita berusia 39 tahun itu juga mendakwa dia mengalami kemurungan, sehingga mengakibatkan prestasi kerjanya merudum gara-gara insiden terbabit.

Memetik laporan media, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan menerima laporan daripada mangsa dan berkata kes itu disiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman. – 21 November, 2023

Topics

 

Hangat

RM4,000 grant to scrap old car, buy new Proton, Perodua

Under Budget 2026, government and national car makers to provide the grant to ensure better road safety

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Related