HEADLINES

DUN Sarawak lulus RUU Pengagihan Gas (Pindaan) 2023

RUU itu diluluskan menerusi undi majoriti yang menyokong dengan 16 Ahli Dewan Undangan Negeri menyertai sesi perbahasan berkenaan

9:29 PM MYT

 

KUCHING – Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak sebulat suara meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Pengagihan Gas (Pindaan), 2023 untuk Agregator Gas bertujuan mendapatkan gas yang mencukupi untuk pengagihan dan bekalan bagi kegunaan di negeri ini.

RUU itu diluluskan menerusi undi majoriti yang menyokong dengan 16 Ahli Dewan Undangan Negeri menyertai sesi perbahasan berkenaan.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Seri Julaihi Narawi berkata rang undang-undang itu memperuntukkan pelantikan Agregator Gas bagi memastikan ketersediaan gas untuk industri dan pengguna serta untuk mengukuhkan, menambah baik dan mengembangkan rangkaian dan sistem pengedaran gas sedia ada.

“Ketika ini, Petroleum Sarawak Bhd (Petros) sudah pun menjadi pengedar berlesen gas petroleum cecair (LPG) di Sarawak dan akan dilantik sebagai pengedar tunggal LPG berkuat kuasa 1 Disember 2023.

“Pada masa sama, kerajaan negeri Sarawak akan bekerjasama dengan Petros dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) untuk mempercepatkan penerokaan dan pembangunan medan gas baharu di luar pesisir Sarawak,” katanya ketika menggulung RUU itu sebelum diluluskan di Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.

Selepas kelulusan dan penguatkuasaan rang undang-undang itu, Julaihi berkata peranan utama Agregator Gas adalah untuk menguruskan perolehan gas asli daripada semua sumber untuk pengagihan dan bekalan kepada mana-mana individu, loji, kemudahan dan premis di Sarawak.

“Ia adalah untuk membangun, mengembangkan, mengurus dan menyelenggara rangkaian dan sistem pengedaran gas termasuk tetapi tidak terhad kepada saluran paip, terminal untuk menerima gas, loji pemprosesan dan kemudahan penyimpanan.

 “Selain itu, ia menjalankan fungsi lain yang berkaitan dengan pengagihan gas di Sarawak seperti yang diarahkan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri secara bertulis,” katanya.

Menurut Julaihi, rang undang-undang itu juga memperkenalkan peruntukan untuk menahan reman mereka yang ditangkap di bawah ordinan dan rampasan harta apabila pesalah tidak ditemui serta pengendalian barang rampasan. – 21 November, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related