HEADLINES

Isu gangguan seksual: Polis rakam percakapan 3 individu, rampas telefon bimbit

Shuhaily berkata, kes itu di peringkat akhir siasatan di mana polis turut mengambil keterangan pegawai khas suspek

12:24 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tiga individu termasuk mangsa dan ketua pengarah agensi keselamatan, sudah dirakam percakapan berhubung dakwaan gangguan seksual terhadap seorang wanita, seperti tular di media sosial.

Pengarah Jabatan Siasatan (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, kes di peringkat akhir siasatan di mana pihak polis sudah memanggil suspek untuk dirakam percakapan bermula 2.30 petang hingga 4 petang semalam, selain merampas telefon bimbit dipercayai digunakan dalam perlakuan jenayah itu.

“Pengadu seorang wanita berusia 39 tahun mendakwa diganggu secara seksual berulang kali melalui aplikasi WhatsApp oleh ketua pengarah agensi terbabit.

“Seramai tiga saksi dipanggil membabitkan pengadu, suspek dan pegawai khas kepada suspek serta dijangka beberapa saksi lagi, akan dipanggil untuk dirakam percakapan bagi melengkapkan siasatan.

“Keterangan pegawai khas terbabit diambil untuk mengesahkan jika ada pertemuan antara mangsa dengan suspek,” katanya pada sidang media di Bukit Aman di sini, hari ini.

Mohd Shuhaily berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 507A KK, Seksyen 292 KK serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Semalam, Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Datuk Hamid Mohd Amin selesai memberi keterangan berhubung siasatan kes gangguan seksual terhadap seorang wanita.

Hamid sebelum ini menyatakan beliau sedia memberikan kerjasama kepada pihak polis berhubung siasatan kes itu yang didakwa mengaitkan dirinya.

Unit Komunikasi Korporat APMM menerusi kenyataan berkata, bagaimanapun isu terbabit disifatkan peribadi yang boleh mencemarkan reputasi dan maruah Hamid, malah menjejaskan imej agensi itu sebagai badan penguatkuasaan.

Sebelum ini, seorang konsultan kewangan dipercayai membuat laporan polis di Shah Alam, Selangor atas dakwaan dia diganggu secara seksual seorang individu berpangkat tinggi dalam sebuah agensi kerajaan. – 24 November, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related