HEADLINES

KDN rampas lapan buku disyaki ada unsur komunisme

KDN dalam kenyataan hari ini memaklumkan tindakan itu dilaksanakan Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan selepas menerima maklumat berkaitan penjualan buku terbabit

11:47 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) merampas lapan naskhah buku disyaki mengandungi unsur komunisme dalam pemeriksaan di sebuah premis di Petaling Jaya dekat sini, semalam.

KDN dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan tindakan itu dilaksanakan Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan selepas menerima maklumat berkaitan penjualan buku terbabit.

“Tindakan penahanan penerbitan berkenaan dibuat selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 18 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (AMCP) yang membolehkan penguat kuasa KDN menahan apa-apa hasil penerbitan yang disyaki menyalahi undang-undang untuk tujuan kajian lanjut,” katanya.

KDN berkata ia komited menjalankan tanggungjawab mengawal selia penerbitan di dalam negara khususnya penerbitan yang disyaki mengandungi elemen mengganggu-gugat ketenteraman awam, moral, keselamatan, menggemparkan pemikiran orang ramai, berlawanan dengan undang-undang, memudaratkan kepentingan awam atau kepentingan negara selaras dengan perundangan yang berkuat kuasa.

Orang ramai diminta untuk memberikan kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan hasil penerbitan tidak diingini dengan menghubungi talian 03-8000 8000/8889 3145, e-mel kepada [email protected] atau melalui laman sesawang www.moha.gov.my. – 24 November, 2023

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Heritage players controversy: Be ready for the worst, says TMJ

Despite not having an official role in the national football set up, Johor Crown Prince vows will fight up to the Court of Arbitration for Sports (CAS) if FIFA’s decision not in Malaysia’s favour

Sunway-IJM proposed merger to create mega construction firm

However, the deal may put focus on Bumiputera, national interests

Related