HEADLINES

Presiden Palestin adakan perbincangan dengan Setiausaha Luar Britain

Terdapat keperluan mendesak untuk menghentikan segera serangan dan pencerobohan Israel di Gaza dan Tebing Barat

12:54 PM MYT

 

RAMALLAH – Presiden Palestin, Mahmoud Abbas mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Luar Britain, David Cameron di ibu pejabat presiden di Ramallah pada Jumaat, lapor Agensi Berita Palestin (Wafa).

Semasa pertemuan itu, x`Abbas memberi taklimat mengenai perkembangan terkini di wilayah Palestin yang diduduki dengan memberi penekanan khusus kepada situasi di Gaza.

Beliau berkata, terdapat keperluan mendesak untuk menghentikan segera serangan dan pencerobohan Israel di Gaza dan Tebing Barat.

Abbas turut mengutuk tindakan genosid Israel sambil menyeru agar bantuan kemanusiaan segera dihantar ke Semenanjung Gaza.

Dalam pada itu, beliau menekankan kepentingan membebaskan dana cukai Palestin yang disekat oleh Israel.

Pemimpin Palestin itu turut mengulangi pendiriannya yang membantah sebarang cubaan memindahkan penduduk Palestin dari Gaza atau Tebing Barat, termasuk Baitulmaqdis Timur.

Abbas menolak sebarang penerimaan atau toleransi terhadap rancangan Israel untuk memisahkan Gaza dari Tebing Barat dan Baitulmaqdis atau untuk menduduki semula dan menggabungkan mana-mana bahagian.

Keselamatan dan keamanan hanya boleh dicapai melalui penyelesaian politik berdasarkan rangka kerja dua negara dan atas dasar undang-undang antarabangsa dan Inisiatif Keamanan Arab, katanya.

Abbas menggesa Setiausaha Luar Britain mengiktiraf Negara Palestin dan membantu mendapatkan keahlian penuh dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Menteri Luar Negeri dan Ekspatriat Palestin, Riyad al-Malki turut menyeru Cameron supaya melaksanakan tekanan diplomatik dan mengambil tindakan segera untuk menghentikan pencerobohan Israel terhadap rakyat Palestin. – 25 November, 2023

Topics

 

Hangat

[UPDATED] Welcome back to the Black Parade: My Chemical Romance set to rock Malaysia in 2026

Emo legends to play Bukit Jalil on April 30 as part of their long-awaited world tour, with Malaysian tickets ranging from RM299 to RM1,099 and sales opening on July 11, 2025

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

KLIA drivers urge MOT to intervene over new airport access charges

E-hailing and p-hailing groups say MAHB’s trial system causes delays and penalises drivers

Related